Berita Harian

Hubungan semakin kukuh

Pemilihan Sarawak anjur Sambutan Hari Malaysia bukti kerjasama erat negeri, Pusat

- Oleh Mohd Roji Kawi

Sarawak menubuhkan jawatankua­sa khas bagi memastikan kelancaran sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di negeri ini pada 16 September ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata persediaan rapi itu perlu kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahukan Sarawak menjadi tuan rumah sambutan itu.

Justeru, katanya, kerajaan Sarawak membuat persediaan mulai sekarang untuk memastikan hari bersejarah itu disambut dengan meriah dan penuh bermakna.

“Saya dipanggil oleh Perdana Menteri (Dr Mahathir) ketika mesyuarat jawatankua­sa pemandu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuala Lumpur bulan lalu dan beliau mencadangk­an kepada saya supaya Sarawak menganjurk­an sambutan

Hari Malaysia tahun ini.

“Saya beritahu beliau bahawa Sarawak menerima cadangan itu dan bersedia menjadi penganjur terbaik. Perbincang­an kami (mengenai Hari Malaysia) itu turut disertai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Pusat Konvensyen CIDB di sini, semalam.

Abang Johari berkata, pemilihan Sarawak sebagai penganjur sambutan itu oleh Dr Mahathir membuktika­n hubungan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutua­n dengan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kerjasama erat

Beliau berkata, hubungan baik itu membolehka­n kerjasama erat dilaksanak­an dalam urusan pentadbira­n.

“Kita lebih yakin menjalin hubungan baik dengan kerajaan PH apabila mereka bersetuju menubuhkan jawatankua­sa khas pembanguna­n Sarawak yang dipengerus­ikan bersama oleh Baru Bian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Timbalan Ketua Menteri Sarawak).

“Jawatankua­sa itu bertanggun­gjawab memantau projek Persekutua­n di negeri ini sekali gus memastikan projek itu dilaksanak­an sebaik mungkin untuk kepentinga­n rakyat,” katanya.

Katanya, hubungan baik dua kerajaan itu juga dibuktikan dengan kehadiran Menteri Persekutua­n yang mengadakan lawatan ke Sarawak.

“Dalam tempoh setahun lebih ini, kita dapat lihat ramai Menteri Persekutua­n melawat Sarawak dan ia menunjukka­n kerjasama baik yang kita jalin dengan Kerajaan Persekutua­n,” katanya.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Abang Johari bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Petra Jaya, Kuching, semalam.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Abang Johari bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Petra Jaya, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia