Berita Harian

Mayat lelaki tergantung di alang dapur

-

Sibu: Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah rumah di Nanga Assan di sini, kelmarin.

Mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemui teman wanitanya yang berusia 43 tahun, kira-kira jam 4 petang sebelum membuat laporan di Balai Polis Lanang.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di lokasi, pihaknya mendapati rumah terbabit masih dalam keadaan berkunci dari dalam.

“Pihak kami memecah masuk menerusi pintu utama dan pemeriksaa­n mendapati mangsa dalam keadaan tergantung di alang dapur dengan tali terjerut pada leher, manakala hujung tali diikat pada tong gas.

“Keadaan mayat kehitaman, membengkak dan mengeluark­an cecair serta berbau dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut terhadap rumah mangsa mendapati barang peribadi seperti dompet, rokok dan telefon bimbit dalam keadaan baik di atas meja berhampira­n dengan lokasinya menggantun­g diri.

“Seorang saksi awam memberitah­u, kali terakhir beliau berjumpa dengan mangsa yang bekerja mekanik pada 5 Jun lalu.

“Mangsa ada memaklumka­n dia akan pergi jauh dan saksi hanya menyangka mangsa akan ke Bintulu kerana pernah bekerja sebagai mekanik di sana.

“Siasatan awal turut mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia