Berita Harian

Peniaga disamun, ditetak 2 lelaki

-

Tuaran: Seorang peniaga warga Pakistan bukan saja kerugian, malah ditetak dengan parang ketika disamun di kedai runcitnya di Kampung Dungang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, lelaki berusia 23 tahun itu parah di kepala selepas cuba menghalang penjenayah daripada melarikan telefon bimbit Samsung S6 miliknya.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Mohd Hamizi Halim, berkata siasatan awal mendapati, mangsa didatangi dua suspek lelaki memakai topi keledar.

Katanya, sebaik masuk ke kedai berkenaan, kedua-dua penjenayah terbabit terus menuju ke arah mangsa yang duduk di meja kaunter.

“Mangsa menyedari kehadiran suspek bertindak memukul seorang suspek, namun dibalas dengan tetakan menggunaka­n parang dan terkena bahagian kanan kepala.

“Suspek kemudian merampas telefon bimbit mangsa dan melarikan diri bersama rakannya dengan menaiki motosikal jenis Modenas Kriss berwarna putih dan hitam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada polis dengan menghubung­i 088-791933, 088-791966 atau 088-791977 atau datang ke balai polis berhampira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia