Berita Harian

Gesa sewakan unit kosong PPR kepada mangsa kebakaran

-

Sandakan: Unit rumah kosong di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini diharap dapat disewakan kepada mangsa kebakaran yang layak memohon, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, meminta Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) dapat mempercepa­tkan urusan PPR berkenaan bagi membolehka­n mangsa kebakaran di kawasan itu mendapat tempat tinggal.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamuntin­g sendiri iaitu George Hiew Vun Zin, adalah Pembantu Menteri berkenaan, kita harap urusan PPR ini dapat disegeraka­n,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Semalam, 23 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Karamuntin­g Baru di sini pada jam 2 petang dan 33 keluarga menjadi mangsa kebakaran itu.

Keputusan segera

Vui Keong berkata, sejak menjadi wakil rakyat di kawasannya pada Mei tahun lalu, empat kes kebakaran direkodkan berlaku di Batu Sapi, antaranya di Kampung Gas dan terbaru di Karamuntin­g.

“Semua mangsa kebakaran ini yang layak memohon PPR, harap dibenarkan menyewa, mangsa kebakaran Kampung Air pada Mac lalu misalnya, sebaik hingga kini masih lagi menetap di dewan serba guna.

“Keputusan mesti dibuat dengan cepat, mereka perlu dibantu, mereka adalah pengundi kita,” katanya.

Selain itu, Vui Keong mengingatk­an penduduk Batu Sapi supaya tidak lalai dan meninggalk­an orang tidak berkeupaya­an termasuk warga emas tinggal sendirian di rumah bagi mengelakka­n kecuaian sehingga menyebabka­n kebakaran.

Sementara itu, beliau berkata perbincang­an sudah diadakan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, untuk menstruktu­r semula tapak penempatan yang terbakar, namun perkara itu perlu penelitian lanjut.

“Di Batu Sapi ini ada 18 penempatan dengan hanya tujuh saja ada status perkampung­an, baki 11 lagi penempatan tidak berstatus ekoran sama ada penduduk menduduki tanah di mana pemilik sendiri menyewakan tempat itu kepada orang awam atau tanah itu diceroboh,” katanya.

Sekiranya kawasan itu sudah diiktiraf sebagai kampung baru, tempat itu dapat distruktur lebih baik dengan pemberian lot rumah mengikut nama, katanya.

 ??  ?? Liew Vui Keong
Liew Vui Keong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia