Berita Harian

‘Ee Eng kekal ADUN Dilantik’

Kerajaan negeri tidak kaji semula pelantikan kerana dipilih DAP: Shafie

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Kerajaan negeri tidak akan mengkaji semula keputusan melantik Bendahari DAP Sabah, Loh Ee Eng, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik yang baharu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pelantikan Ee Eng yang diumumkann­ya pada 17 Mei lalu kekal walaupun ada pihak mempertika­ikan kelayakann­ya kerana bukan anak jati Sabah.

“Tiada kajian semula. Ia dicadangka­n DAP sebagai wakil parti itu untuk ADUN Dilantik dan kita hormat pilihan mereka.

“Ia tidak bertentang­an dengan Perlembaga­an dan beliau juga sudah lama menetap di sini. Jadi, saya fikir beliau juga layak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di pekarangan Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh

Puan Norlidah RM Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Shuaib, selain menteri Kabinet negeri.

Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak pembangkan­g yang menuduh Ee Eng tidak layak menjadi ADUN Dilantik kerana berasal dari Pulau Pinang.

Bagaimanap­un, bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee, yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), sebuah parti pembangkan­g tempatan, menyokong pelantikan itu kerana tiada larangan mengenai pelantikan individu yang tidak lahir di Sabah dalam Perlembaga­an Negeri.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie meminta semua pihak menghentik­an isu pelantikan Ee Eng dan sebaliknya mengingatk­an bahawa usaha membangunk­an negeri adalah lebih penting.

Persediaan hadapi banjir

Sementara itu, Mohd Shafie berkata beliau akan memanggil Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerus­ikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Hashim Paijan, berhubung persediaan menghadapi banjir di negeri itu berikutan cuaca buruk kebelakang­an ini.

“Saya sudah arahkan supaya agensi berwajib mengambil tindakan sama ada berbentuk bekalan makanan, tempat tinggal dan aspek lain yang perlu disediakan demi keselamata­n dan kesihatan orang ramai yang menjadi mangsa bencana alam.

“Saya juga sudah maklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk panggil semua agensi berkaitan seperti bomba. Pada masa sama, kita akan melaksanak­an langkah pencegahan banjir khususnya bagi menangani masalah air pasang selain parit dan longkang,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata kehadiran ramai pengunjung pelbagai kaum dan agama pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan negeri menggambar­kan ikatan persaudara­an yang kuat dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

Katanya, perpaduan dan semangat bersatu padu masyarakat pelbagai kaum dan agama penting sebagai asas ke arah menjadikan Sabah sebuah negeri yang pesat membangun.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] ?? Mohd Shafie beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di pekarangan Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] Mohd Shafie beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di pekarangan Menara Tun Mustapha, Teluk Likas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia