Berita Harian

Perintah berkurung ESSZONE dilanjut

-

Kota Kinabalu: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok dilanjutka­n sehingga 25 Jun ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendak­i berada di rumah dan tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytihar­kan itu antara jam 6 petang dan 6 pagi pada tempoh berkenaan.

Pastikan perairan tidak diceroboh

“Perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendedahka­n kumpulan yang menjalanka­n kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh masuk ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lainlain jenayah rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia