Berita Harian

Rumah warga emas musnah terbakar

-

Kuching: Suami isteri warga emas terselamat dalam kebakaran rumah mereka di Jalan Penrissen di sini, awal pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 1.25 pagi.

“Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dibantu enam anggota dari BBP Siburan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati rumah setingkat jenis tidak kekal yang dihuni pasangan suami isteri berusia 70-an musnah 100 peratus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mangsa trauma

Menurut jurucakap itu, api berjaya dikawal pada jam 1.45 pagi dan operasi tamat sepenuhnya satu jam kemudian.

“Mangsa lelaki melecur di bahagian tangan dan dihantar oleh Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Batu Lintang ke hospital, manakala mangsa wanita tidak mengalami sebarang kecederaan, namun trauma serta dihantar ke hospital oleh orang awam.

“Kebakaran turut memusnahka­n sebuah kereta dan motosikal manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia