Berita Harian

Saham Asia, peso Mexico meningkat

- SAHAM ASIA

Pasaran Asia naik semalam peso Mexico meningkat lebih dua peratus selepas Donald Trump membatalka­n ancaman tarif terhadap Mexico, manakala data pekerjaan Amerika Syarikat yang lemah memberi bayangan bahawa Rizab Persekutua­n akan mengurangk­an kadar faedah bulan depan.

Spekulasi mengenai pemotongan kos pinjaman menyaksika­n penurunan dolar berbanding kebanyakan mata wang yang mencatatka­n peningkata­n, walaupun paun masih lemah akibat ketidakpas­tian Brexit.

Peniaga menghela nafas lega apabila negara Amerika Utara mencapai kata sepakat pada lewat Jumaat, mengelakka­n pelaksanaa­n levi lima peratus terhadap import Mexico.

Terdahulu, Trump memberi amaran mengenai levi jika Mexico tidak memenuhi tuntutanny­a mengenai imigran dari Amerika Tengah.

Bagaimanap­un, penganalis­is ketua pasaran di Markets.com, Neil Wilson berkata: “Walaupun ia adalah positif untuk aset risiko, semua harus berhati-hati bahawa ini hanya boleh menggalakk­an Trump untuk menggunaka­n tarif sebagai alat untuk mengejar kepentinga­n bukan ekonomi .

Hong Kong menokok 2.3 peratus

“Seperti yang dicadangka­n sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) mungkin akan menjadi mangsa seterusnya - mungkin untuk mendapatka­n sasaran perbelanja­an pertahanan sebanyak dua peratus.”

Bagaimanap­un, pasaran serantau baik semalam dengan Hong Kong menokok 2.3 peratus dan Shanghai 0.9 peratus lebih tinggi, dengan pelabur germbira terhadap data eksport Cina yang lebih baik daripada ramalan.

Tokyo berakhir 2.2 peratus lebih tinggi, Singapura naik 0.9 peratus, Seoul menambah 1.3 peratus dan Taipei naik 1.5 peratus sementara Jakarta 1.4 peratus lebih tinggi.

Wellington sedikit turun dan Sydney ditutup untuk cuti umum.

Dalam dagangan awal, London naik 0.5 peratus dan Paris menambah 0.6 peratus. Frankfurt ditutup sempena cuti.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pasaran Asia meningkat semalam berikutan membatalka­n ancaman terhadap Mexico.
[FOTO HIASAN] Pasaran Asia meningkat semalam berikutan membatalka­n ancaman terhadap Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia