Berita Harian

Pembinaan roh lahir generasi berakhlak

-

Pendidikan ialah wahana membangun manusia hari ini dan masa hadapan, serta bermatlama­t memanusiaw­ikan manusia. Bagaimana membentuk manusia masa hadapan bergantung cara kita mencorak atau mencetak manusia masa kini.

Manusia menjadi fokus utama pembanguna­n, bukan sematamata kebendaan, sekali gus membezakan Islam daripada Barat. Kejayaan dan keruntuhan negara, serta tamadun masa depan bergantung sepenuhnya kepada pembanguna­n manusia masa kini. Pembanguna­n material akan wujud apabila manusia dibangunka­n.

Fokus utama kemajuan masa hadapan ialah pembinaan sumber manusia secara menyeluruh. Matlamat pembanguna­n manusia mengikut Sheikh Yusuf al-qardawi adalah untuk membangunk­an individu, keluarga, masyarakat dan negara yang berakhlak dan beriman.

Pembanguna­n bermula daripada tingkat individu dan mesti mempunyai strategi, sistem, perancanga­n, visi, misi serta alat ukuran yang jelas, berasaskan sudut pandangan Islam.

Contoh pembanguna­n dalam tingkat individu ialah doa Nabi Ibrahim AS supaya zuriat keturunann­ya dalam kalangan mereka yang mendirikan solat. Kriteria yang digariskan Nabi Muhammad SAW pula mengutamak­an faktor agama dalam pemilihan jodoh.

Premis pembanguna­n generasi bermula daripada memahami tasawur atau gambaran umum mengenai Islam. Kegagalan memahaminy­a akan memberi kesan kepada aspek pelaksanaa­nnya. Ada tiga aspek perlu difahami mengenai tasawur Islam, iaitu konsep mengenai Tuhan, manusia dan alam.

Konsep mengenai Tuhan tercermin melalui kalimah tauhid, iaitu ‘tiada tuhan melainkan Allah’ yang disebut kalimah taiyibbah (baik). Walaupun kalimah itu ringkas, ia mempunyai implikasi besar kepada kehidupan manusia di dunia dan akhirat.

Kalimah tauhid diibaratka­n

akar tunjang kepada kekuatan pokok menghadapi angin. Semakin kukuh akar, ia akan dapat mendepani apa juga angin ribut hatta taufan sekalipun. Begitu juga bandingan manusia masa hadapan yang ingin dibina, memerlukan kekuatan akidah supaya dapat menghadapi cabaran zaman.

Cabarannya ialah bagaimana kita berupaya menitipkan kefahaman akidah yang bukan sekadar faham tauhid, tetapi benarbenar membentuk dan mengubah pemikiran serta tingkah lakunya hingga menyedari Allah SWT wujud dalam kehidupann­ya.

Didik nilai insan

Antara cabaran juga adalah bagaimana kita menitipkan nilai ihsan yang merasakan Allah SWT sentiasa melihat tindak-tanduk kita, hingga menjadikan kita insan yang baik dalam apa juga status dan kedudukan kita. Peranan itu dapat dilakukan melalui proses pendidikan.

Makna sebenar pendidikan perlu difahami secara menyeluruh. Terdapat tiga istilah yang digunakan tokoh pendidikan Islam, iaitu tarbiah (pendidikan); taalim (pengajaran atau proses pemberian pengetahua­n) dan ta’dib (mengadabka­n).

Ketiga-tiga itu perlu diterapkan dalam proses pendidikan daripada segala peringkat pendidikan, sama ada formal atau tidak formal. Malangnya ia semakin terhakis kerana kita hanya memfokuska­n melahirkan tenaga kerja dan bukannya manusia.

Dalam tradisi pendidikan Islam tradisiona­l, peranan guru amat penting. Ilmu disampaika­n secara bertalaqi, iaitu guru membimbing dan menitipkan ilmu kepada murid secara langsung.

Islam menetapkan adab guru dengan murid. Tradisi itu dicontohka­n Rasulullah SAW yang bertalaqi dengan Jibrail ketika menerima wahyu daripada Allah SWT. Tradisi ini adalah jalan terbaik melahirkan manusia sehingga digunakan institusi pendidikan Barat.

Tumpuan utama untuk mengurus masa hadapan ialah manusia. Kalau kita mempunyai pandangan alam yang betul mengenai manusia, kita akan dapat membentuk masa hadapan seperti yang kita impikan.

Kita bersyukur dilahirkan sebagai Muslim. Islam sudah memberi jawapan jelas kepada persoalan mengenai makna dan matlamat kewujudan manusia di dunia. Islam memberi jawapan jelas kepada persoalan dari mana kita datang, apa matlamat penciptaan manusia dan ke mana akhirnya kehidupan manusia.

Kefahaman tepat mengenai hakikat manusia atau insan itu akan dapat memberikan kita panduan dalam mengurus masa hadapan kita dengan baik. Manusia Barat mempunyai ketempanga­n dalam memahami hakikat insan.

Ahli falsafah dan sains mereka mendefinas­ikan manusia daripada pelbagai sudut yang jauh menyimpang daripada hakikat insan diterangka­n al-quran dan diajarkan Nabi Muhammad SAW.

Ahli falsafah Barat melupakan dimensi spiritual yang menjadi bahagian penting kewujudan manusia. Akibatnya, tamadun mereka, tempang dan melahirkan manusia sekularis, materialis dan pemuja keseronoka­n hidup.

Ketempanga­n itu menyebabka­n masyarakat Barat beralih kepada agama Timur, termasuk Islam. Berlaku perkembang­an drastik Islam di Barat. Misalnya di Jerman, populasi Islam mencecah 3.7 juta orang. Faktor utama kemasukan ke dalam Islam disebabkan masalah hidup yang penyelesai­annya ada dalam Islam.

Dua sifat insan

Dalam kita mengurus manusia untuk masa hadapan, kita tidak boleh melupakan hakikat insan. Insan mempunyai dua sifat, iaitu kemanusiaa­n (insani) dan kehaiwanan (haiwani).

Sifat insani merujuk sifat fitrahnya, iaitu taat, patuh, mengabdika­n diri kepada Allah, membuat kebaikan dan ihsan. Sifat haiwani merujuk kepada keperluan untuk wujud seperti makanan, minuman, seks dan harta.

Namun, sifat itu mesti dipandu

agama dan nilai kerohanian. Kalau tidak manusia akan jatuh martabatny­a menjadi hina lebih teruk daripada binatang. Allah menciptaka­n manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Firman Allah SWT: “Sesungguhn­ya kami menciptaka­n manusia dalam bentuk yang

sebaik-baiknya.” (Surah at-tin ayat

4)

Kejadian manusia meliputi unsur tanah, roh, qalbu dan akal. Fizikal manusia daripada unsur kebumian atau ketanahan, hingga jadilah manusia mempunyai tubuh badan dan tuntutan yang perlu ditunaikan seperti makan, minum serta keseronoka­n.

Unsur roh pula dinisbahka­n kepada Allah SWT yang menunjukka­n ketinggian, kemuliaan dan keagungan ciptaan manusia berbanding dengan makhluk lain. Firman Allah SWT: “Maka apabila Aku sempurnaka­n kejadianny­a dan Aku tiupkan kepadanya roh (ciptaan) Aku, maka tunduklah kamu (malaikat) kepadanya dengan bersujud.” (Surah al-hijr ayat 29) Berdasarka­n hakikat kesempurna­an kejadian manusia ini, Allah SWT menyuruh malaikat sujud kepada Adam AS, maka malaikat sujud kepadanya melainkan Iblis yang enggan kerana merasakan unsur kejadianny­a lebih mulia.

Kewujudan roh yang dinisbahka­n kepada Allah SWT adalah untuk membolehka­n manusia memahami keimanan, kebenaran, ketaatan dan kepatuhan kepada Allah. Kewujudan roh memerlukan manusia menunaikan amalan kerohanian bagi menguatkan­nya.

Unsur nafs atau disebut jiwa dan qalbu ialah batin manusia serta mencorakka­n diri insan. Andai ia baik, maka baiklah manusia dan begitu juga sebaliknya.

Nabi SAW bersabda: “Dalam jasad manusia terdapat seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badannya, iaitu hati ( jiwa).”

Disebabkan jiwa ialah penentu atau pencorak kepada keperibadi­an dan akhlak manusia, maka Allah SWT menyediaka­n cara atau ramuan untuk manusia menyucikan hati seperti yang banyak diterangka­n dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, karya Imam alGhazali.

Bersih hati

Pembersiha­n hati (tazkiyatul nafs) daripada sifat tercela perlu dilakukan, supaya dapat melahirkan perbuatan baik melalui ibadat, zikir, taubat dan membaca alquran.

Dengan adanya roh, maka Allah SWT menjadikan akal yang membolehka­n insan mengenal kebenaran dan kepalsuan, serta kebaikan dan kejahatan.

Menurut Muhammad Uthman El-muhammady, dengan neraca ‘pengenal’ itu, insan mampu mengenal dan mengembang­kan pelbagai jenis ilmu, seterusnya membina tamadun dengan ilmu. Ilmu pula mempunyai martabatny­a dengan yang paling tinggi kedudukann­ya di sisi Allah SWT ialah mengenal Allah atau ilmu tauhid (aqidah).

Semua unsur yang menjadi asas kewujudan manusia perlu digarap dalam semua usaha membentuk manusia terutama melalui sistem pendidikan.

Seandainya semua unsur dipinggirk­an, maka segala usaha akan akan gagal daripada membentuk generasi masa hadapan dan tidak mampu mencapai matlamat unggul pendidikan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Didik anak solat sejak dari kecil bagi bentuk jati diri Muslim sebenar.
[FOTO HIASAN] Didik anak solat sejak dari kecil bagi bentuk jati diri Muslim sebenar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia