Berita Harian

DUNIA PERSOAL KEMATIAN MORSI, DESAK SIASATAN BEBAS

Komuniti antarabang­sa, PBB gesa siasatan bebas, pertikai layanan di penjara

-

Kematian bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi yang mengejutka­n komuniti antarabang­sa, kelmarin masih belum dapat diterima dan ada juga bersuara ia sebagai ‘satu misteri’.

Tambahan, kumpulan hak asasi manusia global dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa satu siasatan bebas untuk mendapatka­n punca sebenar kematian itu yang turut menerima kecaman negara luar, khasnya sekutu rapat dengan beliau, Turki.

Layanan pihak berkuasa, termasuk soal makanan dan perubatan serta keadaan tempat tinggal bekas pemimpin berusia 67 tahun menjadi tanda tanya.

Ada pihak yang beranggapa­n Morsi ‘dibunuh secara perlahanla­han’.

Warga Muslim menyifatka­n kematian Morsi sebagai ‚satu pembunuhan‘ dan menggesa orang ramai berhimpun pada upacara pengebumia­n beliau di Kaherah, semalam.

Perhimpuna­n sama turut diminta diadakan di pejabat kedutaan Mesir, seluruh dunia.

Semalam, jenazah beliau selamat dikebumika­n di sini, menurut peguamnya sehari selepas dia rebah dan meninggal dunia di mahkamah.

Serangan jantung

Kumpulan pejuang hak asasi manusia turut menyoal keadaan persekitar­an pusat tahanan dan kematian pejuang Islam yang disingkirk­an pada 2013 hanya selepas setahun memimpin negara.

Stesen penyiar rasmi berkata, kematian pemimpin itu adalah akibat daripada serangan jantung.

“Dia disemadika­n di kawasan perkuburan Medinat Nasr, di timur Kaherah dihadiri seluruh ahli keluarga,” kata peguamnya, Abdel Moneim Abdel Maksoud.

Rebah di mahkamah

Morsi, yang juga orang awam pertama dilantik sebagai presiden, kelihatan agak cergas ketika menghadiri prosiding perbicaraa­n semula membabitka­n dakwaan bekerjasam­a dengan kuasa asing dan kumpulan militan, kata sumber kehakiman dan keselamata­n.

“Mahkamah meluluskan permintaan beliau untuk bercakap selama lima minit. Dia rebah di kandang tertuduh dan terus dibawa ke hospital. Berdasarka­n laporan perubatan, tiada nadi atau pernafasan dikesan,” kata pejabat peguam negara.

Dia tiba di hospital dan disahkan mati dalam perjalanan pada jam 4.50 petang dan tiada sebarang kecederaan baru dikesan pada tubuhnya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO AFP ] ?? Kelihatan sebuah kenderaan polis Mesir di dalam kawasan perkuburan, tempat upacara pengebumia­n Morsi di Kaherah, semalam. Seorang lelaki memegang poster Morsi selepas solat jenazah ghaib di Masjid Fatih di Istanbul, semalam.
[ FOTO AFP ] Kelihatan sebuah kenderaan polis Mesir di dalam kawasan perkuburan, tempat upacara pengebumia­n Morsi di Kaherah, semalam. Seorang lelaki memegang poster Morsi selepas solat jenazah ghaib di Masjid Fatih di Istanbul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia