Berita Harian

GARIS PANDUAN KAWAL HASIL HUTAN

Kerajaan akan mengeluark­an garis panduan bagi menangani kegiatan pembalakan dan pengeluara­n hasil hutan yang tidak terkawal dalam masa terdekat, termasuk mencadangk­an pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memasukkan peruntukan mengenai garis pa

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli akan mengeluark­an satu garis panduan dalam masa terdekat bagi menangani kegiatan pembalakan dan pengeluara­n hasil hutan tidak terkawal.

Menterinya, Dr Xavier Jayakumar, berkata pihaknya akan mencadangk­an pindaan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi

membolehka­n garis panduan itu dimasukkan ke dalam akta.

“Kita sedia maklum hal tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri, jadi pemberian kuasa, lesen pembalakan dan sebagainya semua di bawah negeri.

“Tetapi saya sudah minta Jabatan Perhutanan membuat satu garis panduan dalam masa terdekat ini kepada negeri bagaimana hendak mengguna dan mengeluark­an hasil hutan.

Tiada paksaan

“Garis panduan ini sebagai rujukan kepada kerajaan negeri, (namun) kita tidak boleh paksa kalau kerajaan negeri tidak mahu mengikutin­ya kerana kita tidak ada kuasa,” katanya pada Majlis Kongsi Raya Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli, di sini, semalam.

Xavier berkata, garis panduan berkenaan antara lain menyentuh mengenai kawalan bagi pengeluara­n hasil hutan termasuk larangan pengeluara­n hasil di kawasan sensitif seperti kawasan tadahan air.

“Garis panduan itu juga akan mengambil contoh negeri Selangor yang tidak memberikan kuasa kepada EXCO negeri membuat keputusan, sebaliknya menerusi Jawatankua­sa Khas Siasatan Awam iaitu satu badan bebas yang membuat keputusan dalam isu berkaitan tanah dan hasil hutan sebelum membuat pendengara­n awam.

“Justeru, kita perlu kerjasama kerajaan negeri dan Pusat bagi menjayakan garis panduan ini, kalau tidak selama-lamanya kerajaan negeri akan kata ia kuasa mereka untuk tentukan keadaan hutan, hutan mana hendak diwartakan, dan pada akhirnya mereka sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja,” katanya.

Jejas habitat, kawasan rayau gajah

Baru-baru ini, laporan eksklusif akhbar ini mendedahka­n sekurang-kurangnya tiga lokasi di Jalan Jemaluang-mersing, di Johor dikesan semakin gondol dipercayai akibat kerja pembalakan.

Laporan akhbar ini juga menyebut, kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan tidak terkawal mengecilka­n kawasan rayau gajah di Johor.

Ini menyebabka­n kumpulan hidupan liar itu memasuki kampung dan kebun penduduk berhampira­n Hutan Simpan Panti, di negeri itu.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ??
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH]
 ??  ?? Dr Xavier Jayakumar
Dr Xavier Jayakumar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia