Berita Harian

Malaysia tunggu laporan Mesir

-

Kuala Lumpur: Malaysia akan menunggu laporan teliti dari Mesir mengenai punca kematian Mohamed Morsi, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia menerima kenyataan pendakwa raya Mesir, namun bimbang dengan pelbagai laporan mengenai layanan yang diterima Morsi sebelum kematianny­a.

“Kami seikhlasny­a berharap bekas Presiden Morsi diberikan upacara pengebumia­n yang sewajarnya. Morsi adalah presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi selepas revolusi ‘Arab Spring’ pada 2011, yang penggal pemerintah­annya berakhir secara tiba-tiba selepas 12 bulan,” katanya.

Menerusi Tweet semalam, Dr Wan Azizah turut mengambil maklum bahawa semasa pemerintah­annya sebagai Presiden, Morsi telah menunjukka­n keberanian dan ketabahan moral dalam cubaan membawa Mesir keluar daripada pemerintah­an kuku besi selama beberapa dekad dan mewujudkan demokrasi sebenar di sana.

Beliau juga berkata kematian Morsi adalah satu kehilangan besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia