Berita Harian

Rancang perluas pelabuhan

-

Iskandar Puteri: Kerajaan merancang memperluas kawasan pelabuhan di negara ini bagi menampung keperluan kapasiti yang tinggi masa kini dan akan datang, kata Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke.

Beliau berkata, perancanga­n jangka panjang itu perlu, bukan sekadar untuk menampung keperluan semasa, malah supaya dapat memberi persaingan sihat kepada negaranega­ra jiran yang sedang membina kawasan pelabuhan lebih besar.

“Kerajaan sedia maklum dan menyedari keperluan pelabuhan untuk dibesarkan, dibangunka­n dan dipertingk­atkan termasuk di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor. Untuk membina dan membangunk­annya, ia membabitka­n banyak proses.

“Antaranya mendapatka­n kelulusan dan sebagainya, tetapi kita perlu urus dan percepatka­n proses itu supaya seiring dengan keadaan semasa. Kalau kita tidak ambil langkah itu mulai sekarang, kita tidak dapat bersaing,” katanya kepada pemberita di PTP, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia