Berita Harian

Haziq tak pernah jadi pelatih Azmin

-

Kuala Lumpur: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, tidak pernah menjadi pelatih kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika Timbalan Presiden PKR itu menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.

Penasihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Khalid Jaafar, berkata dakwaan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang Haziq pernah menjadi pelatih kepada bekas Menteri Besar Selangor itu adalah tidak benar.

“Ini fakta salah, Haziq tidak pernah jadi pelatih kepada Mohamed Azmin,” katanya sambil menambah, beliau yang ketika itu Ketua Pegawai Strategi dan Penyelidik­an Pejabat Menteri Besar Selangor, mencadangk­an kepada Mohamed Azmin mengambil Haziq sebagai pelatih.

Bagaimanap­un, Khalid berkata, cadangan itu ditolak Mohamed Azmin sebelum beliau mencadangk­an Haziq menjadi pelatih di Pejabat Menteri Besar di bawah pengawasan­nya, bukan sebagai pelatih kepada Menteri Besar.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, Haziq bagaimanap­un menolak pelawaan itu dan difahamkan sangat kecewa serta marah dengan Mohamed Azmin.

Haziq digantung tugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Shamsul Iskandar pada Khamis lalu, selepas secara terbuka mengaku sebagai individu dalam rakaman video lucah dikaitkan dengan Mohamed Azmin.

Jawab surat tunjuk sebab Putrajaya,

Di Ketua Setiausaha Kementeria­n Industri Utama, Datuk Dr Tan Yew Chong, berkata Haziq sudah menjawab surat tunjuk sebab dikeluarka­n kementeria­n dan dihantar kepada Shamsul Iskandar yang akan memutuskan kedudukan pemuda itu.

“Surat jawapan sudah dihantar kepada timbalan menteri. Semua (keputusan) timbalan menteri akan putuskan, saya tak mahu ulas lanjut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri kementeria­n berkenaan, semalam.

Haziq menghantar surat jawapan berkenaan pada 14 Jun lalu dan difahamkan, antara jawapan dalam suratnya adalah beliau kemurungan berikutan penularan video berkenaan dan memerlukan masa untuk menghubung­i kementeria­n.

Surat tunjuk sebab kepadanya dikeluarka­n pada 12 Jun lalu selepas Haziq membuat pengakuan sebagai individu yang dirakam dalam video seks berkenaan.

Dakwaan Timbalan Menteri Industri Utama yang Haziq pernah jadi pelatih kepada bekas Menteri Besar Selangor itu adalah tidak benar” Khalid Jaafar, Penasihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia