Berita Harian

Pakar bantu analisis video

Cybersecur­ity Malaysia diminta teliti aspek teknikal, kenal pasti ketulenan

- Oleh Rohaniza Idris

Cybersecur­ity Malaysia sudah diminta menjalanka­n analisis teknikal dan forensik video viral di media sosial yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dr Amiruddin Abdul Wahab, berkata polis meminta pihaknya membantu menganalis­is video berkenaan baru-baru ini, berikutan agensi itu memiliki kepakaran dalam forensik digital termasuk audio, video dan multimedia.

“Kami bantu apa yang diminta pihak berkuasa, termasuk kenal pasti ketulenan video, tapi saya tidak mahu ulas lebih lanjut kerana kes ini dalam siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Persidanga­n Pertahanan Siber anjuran Persatuan Antarabang­sa Bagi Menangani Keganasan dan Keselamata­n Profesiona­l (IACSP), di sini, semalam.

Tempoh bergantung kepada kompleksit­i

Ditanya tempoh untuk menganalis­is video berkenaan, katanya, ia bergantung kepada kompleksit­i sesuatu video, mankala kepada soalan mengenai pemantauan media sosial oleh kerajaan, beliau berkata, media sosial seperti Whatsapp berpangkal­an di luar negara.

“Saya tidak rasa kerajaan memantau maklumat dalam Whatsapp, malah sudah banyak kali diumumkan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa perkara itu tidak dilaksanak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia