Berita Harian

Kerajaan kaji gubal akta ceroboh privasi

-

Putrajaya: Kerajaan sedang mengkaji penggubala­n undang-undang berkaitan penceroboh­an privasi bagi memastikan privasi setiap individu dilindungi dan tidak boleh diceroboh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Liew Vui Keong, berkata undang-undang berkenaan akan melihat pelbagai sudut, termasuk kesalahan meletakkan peralatan video dalam bilik orang lain, melanggar dan menceroboh privasi individu lain.

Katanya, beliau melihat banyak kes penceroboh­an privasi akhir-akhir ini, khususnya membabitka­n pasangan kekasih apabila teman lelaki merakam gambar teman wanita sebelum mendedahka­n dalam media sosial untuk mengancam ketenteram­an.

“Sebuah jawatankua­sa sudah dibentuk untuk teliti undang-undang berkaitan penceroboh­an privasi, membincang­kan isu berkaitan dengan lebih lanjut,” katanya ketika ditemui pada program bersama Kluster Pengurusan Kehakiman dan Perundanga­n JPM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia