Berita Harian

Literasi media kekang berita palsu

-

Pada zaman moden berpaksika­n internet, aktiviti kewartawan­an mengalami transforma­si besar. Kewujudan platform digital serba canggih dan amalan kewartawan­an yang inovatif, membentuk cara komunikasi baharu dan jangkauan global.

Namun dalam kecanggiha­n sistem komunikasi moden, kita mengalami masalah baharu yang serius, iaitu penyebaran maklumat tidak tepat dan penularan berita palsu. Kajian dijalankan ahli akademik, membuktika­n media boleh mempengaru­hi pendapat umum dan tingkah laku audiens.

Disebabkan itu, penularan maklumat tidak tepat dan berita palsu dilihat sebagai masalah serius yang berisiko menggugat keamanan dan keselamata­n negara.

Juga merisaukan, kajian mendapati di seluruh dunia wujud penurunan mendadak kepercayaa­n awam terhadap kewartawan­an tradisiona­l. Ini bermaksud, ramai bergantung kepada maklumat dikongsika­n di landasan digital, lantaran kebarangka­lian terdedah maklumat palsu sangat tinggi.

Di Amerika Syarikat (AS) contohnya, laporan American Pew Research Center pada 2017, menyatakan 93 peratus rakyat negara itu menerima berita secara dalam talian, dengan peningkata­n peratusan dari tahun ke tahun. Tidak mustahil suatu hari nanti, berita akan diakses sepenuhnya di internet.

Berita palsu dan tidak tepat bukan sahaja dikongsi pengguna biasa yang kurang celik dalam memproses maklumat atau pihak yang menipu untuk mengaut keuntungan mudah, namun juga oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggun­gjawab sebagai langkah komunikasi

strategik.

Ramai ahli akademik berpendapa­t penyebaran berita palsu sebagai perang saraf media. Datuk Dr Yusof Ahmad dari Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) berkata, gejala ini boleh dilihat di seluruh dunia, terutama ketika kempen pilihan raya.

Ketika kempen Pilihan Raya AS pada 2016 antara Donald Trump dan Hillary Clinton, Facebook menganggar­kan lebih kurang 126 juta pengguna media sosial melihat artikel palsu dikongsika­n propaganda Russia.

Di Twitter pula, 2,752 akaun dibuat Russia yang berkongsi lebih kurang 1.4 juta tweet untuk mengganggu kempen pilihan raya AS itu.

Dibayar sebar berita palsu

Jika di Asia Tenggara, misalnya ketika Pilihan Raya Presiden (PILPRES) Indonesia baru-baru ini, penggunaan buzzers’ atau orang yang dibayar untuk menyebarka­n berita palsu membawa padah.

Ini boleh dilihat ketika pengumuman kemenangan Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo selepas pilihan raya, penularan berita palsu tidak terkawal menyebabka­n penyokong calon lawan, iaitu Prabowo Subianto, turun merusuh ke jalanan sehingga ada nyawa terkorban di ibu kota Jakarta.

Sentimen melampau dimainkan pihak tidak bertanggun­gjawab dipercayai orang yang kurang celik dalam memproses berita, akhirnya berakhir dengan titik hitam dalam sejarah keselamata­n Indonesia.

Di Malaysia pula, ketika pilihan raya umum lalu, diperhatik­an wujud penggunaan jentera tentera digital dikenali cyber troopers oleh sesetengah parti politik. Tindakan itu dikritik pemerhati sebagai tidak beretika.

Perang saraf media oleh parti politik dengan membayar sesetengah pihak untuk menjalanka­n kempen komunikasi strategik, termasuk penyebaran maklumat salah berkenaan lawan adalah tidak berhemah dan mencemarka­n sistem berdemokra­si. Timbul persoalan bagaimana menangani masalah ini tanpa menolak manfaat media digital terhadap masyarakat.

Dalam mengekalka­n sistem demokrasi terbuka, penting bagi kerajaan, rakyat dan semua pihak bekerjasam­a menyelesai­kan isu ini. Kerajaan harus menggalakk­an literasi media dalam kalangan rakyat dan membantu meningkatk­an kualiti kewartawan­an profesiona­l di negara kita.

Kerajaan tidak harus lokek menyediaka­n belanjawan khas untuk kempen literasi media dan penambahba­ikan agensi media milik kerajaan, agar kepercayaa­n rakyat terhadap kewartawan­an profesiona­l boleh dibaiki. Kempen komunikasi strategik dengan penggunaan jentera cyber troopers juga harus dikekang untuk mengawal penyebaran propaganda melampau oleh sesetengah pihak.

Industri berita pula harus meningkatk­an kualiti kerja bagi membina kepercayaa­n orang ramai dan mengambil tindakan responsif serta pantas untuk membetulka­n maklumat palsu di media sosial.

Tambah baik cara penyampaia­n

Penambahba­ikan dalam cara penyampaia­n maklumat juga penting, kerana industri berita tempatan bukan hanya bersaing dengan rakan agensi lokal, namun juga agensi berita luar negara. Berita dan maklumat dari luar negara boleh dicapai dengan mudah kerana kepesatan teknologi internet global.

Sebagai pengguna media kita harus lebih bertanggun­gjawab mengendali maklumat diterima. Ambil inisiatif mengesahka­n maklumat dibaca dengan melakukan carian mudah di Google atau boleh disemak di laman web sebenarnya.my dibangunka­n Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memastikan kesahihan.

Sekiranya maklumat itu salah, ambil langkah selanjutny­a memaklumka­n rakan dan saudara supaya tidak mempercaya­inya. Menurut kajian Universiti Ohio, dengan hanya melakukan carian mudah di internet untuk mengesahka­n maklumat dibaca, terbukti bermanfaat membantu menghentik­an penyebaran maklumat salah.

Melalui langkah ini, secara tidak langsung kita membantu memperting­katkan literasi media dalam kalangan rakyat, sekali gus memastikan keselamata­n negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia