Berita Harian

Lalai ‘jaga’ anak bukan silap ibu sahaja

- Penulis adalah wartawan Meja Am Berita Harian

Kejadian seorang kanakkanak meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini mengimbau insiden hampir sama berlaku dua tahun lalu di Negeri Sembilan. Kejadian seumpama ini pada dasarnya nampak seperti kecuaian ibu bapa dan penjaga, namun ia dapat dielakkan sekiranya langkah keselamata­n diambil sebelum kejadian berlaku.

Dalam kejadian di Lahad Datu dikatakan ibu berkenaan memberikan tanggungja­wab mengeluark­an anak kecilnya kepada seorang lagi anak yang lebih besar. Diakui sebagai ibu, terutama yang bekerja, banyak perkara perlu difikirkan selain rumah tangga, penjagaan anak dan juga tanggungja­wab sebagai pekerja.

Dari satu sudut memang mudah untuk meletakkan kesalahan di tangan ibu berkenaan kerana kelalaiann­ya. Namun, faktor kelalaian itu juga dipengaruh­i sebab lain yang apabila diamati bukan

sepenuhnya berpunca daripada ibu terbabit.

Dalam kes ini, ibu berkenaan dikatakan tergopoh-gapah untuk menunaikan solat dan tertidur mungkin kerana kepenatan.

Soalnya kepenatan yang bagaimana? Bagi ibu yang bekerja, walaupun bukannya kerja berat seperti buruh, memikul tiga tanggungja­wab sebagai ibu, isteri dan pekerja memang memenatkan. Kepenatan bukan sebabkan aktiviti fizikal sahaja, tetapi juga penat batin dan fikiran.

Perlu cukup tidur

Untuk orang dewasa, tidur yang cukup turut memainkan peranan untuk kesihatan dan prestasiny­a menjalani kehidupan. Tidur yang sesuai untuk orang dewasa adalah enam hingga lapan jam. Bagi ibu yang bekerja, adakah mereka cukup tidur enam jam? Jika mereka bijak merancang dan merencana jadual harian mungkin cukup.

Namun, dalam sesetengah kes bukan sebab tidak bijak merancang, tetapi wujud gangguan, terutama ibu yang mempunyai anak kecil yang sakit waktu malam atau mahu menyusu.

Berdasarka­n maklumat beberapa jurnal kesihatan, seseorang yang kurang tidur itu bukan hanya keletihan pada siang hari, tetapi juga boleh menyebabka­n mereka menghadapi masalah berat badan, sering terlupa dan hilang fokus serta menyebabka­n masalah tekanan perasaan dan menghadapi masalah kesihatan.

Suami perlu bantu isteri

Untuk itu, golongan bapa dan suami perlu membantu isteri mereka bagi meringanka­n bebanan kerja si ibu. Dalam kes ibu terlupa hingga tertinggal anak ini mungkin kerana ibu keletihan, kurang tidur sehingga terlupa dan kurang fokus.

Dari sudut lain, dalam kes seumpama ini sudah pasti ibu berkenaan akan didakwa kerana cuai yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. Soalnya, wajarkah ibu berkenaan didakwa kerana ia lebih kepada isu kemalangan dan perkara yang tidak disengajak­an.

Jika mengikut undang-undang sedia ada, kelalaian itu satu kecuaian dan memang ada hukuman menanti.

Begitu juga dalam kes ibu terpaksa meninggalk­an anak berseorang­an di kediaman kerana terpaksa keluar bekerja dan tidak mampu mengupah pengasuh yang mendedahka­n anak berkenaan kepada kemalangan atau terperangk­ap kerana kebakaran.

Wajarkah kita mendakwa ibu berkenaan kerana wujud kecuaian. Jika ibu itu didakwa dan dikenakan hukuman, bagaimana dengan nasib anak lain di bawah tanggungan­nya atau ibu bapanya.

Apa pun isunya, dalam melaksanak­an undang-undang itu, unsur kemanusiaa­n dan keprihatin­an juga perlu diambil kira supaya ia tidak membawa kerosakan kepada perkara dan insan lain.

Dalam kes ibu terlupa hingga tertinggal anak ini mungkin kerana ibu keletihan, kurang tidur sehingga terlupa dan kurang fokus”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia