Berita Harian

Johor maklum keluasan lokasi minggu depan

-

Johor Bahru: Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal akan memaklumka­n keluasan hutan yang diluluskan kerajaan Johor bagi tujuan pembalakan terutama di daerah Mersing, minggu depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad, berkata Menteri Besar akan mengeluark­an kenyataan mengenai isu berkenaan selepas beliau mempengeru­sikan mesyuarat EXCO negeri, Rabu depan.

“Menteri Besar akan balik 22 Jun ini (daripada mengerjaka­n Umrah) dan minggu depan akan diadakan Mesyuarat Jawatankua­sa Hasil Bumi dan juga mesyuarat EXCO negeri.

“Kita melihat isu ini sangat penting dan perlukan tindakan segera kerana ia menjejaska­n alam sekitar dan hutan. Malah, saya sendiri sebagai EXCO melihat ini serius dan buat siasatan hingga ke akar umbi,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Terberg Tractors Malaysia (TTM) untuk membekalka­n traktor pintar tanpa pemandu, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke.

Dzulkeflly berkata, kerajaan negeri juga tidak menolak kemungkina­n menubuhkan jawatankua­sa khas, termasuk membabitka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat secara menyeluruh kegiatan pembalakan di Mersing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia