Berita Harian

Rosmah diminta keluar

-

Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor diminta keluar daripada prosiding perbicaraa­n kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd yang dihadapi suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

Permintaan Itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambara­m yang mempersoal­kan kehadiran Rosmah, memandangk­an beliau boleh dipanggil sebagai saksi perbicaraa­n.

Terdahulu, kira-kira 20 minit selepas perbicaraa­n kes SRC bermula pada jam 9.05 pagi, Rosmah dilihat memasuki mahkamah dengan ditemani peguamnya, K Kumaraendr­an.

Duduk di galeri awam

Beliau yang hadir memakai baju kurung merah kemudian dilihat mengambil tempat duduk galeri awam di barisan pertama dan berada di belakang suaminya.

Bagaimanap­un, Sithambara­m kemudian mempersoal­kan kehadiran Rosmah pada perbicaraa­n itu memandangk­an keterangan­nya sudah diambil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rosmah bersama Kumaraendr­an kemudian dilihat beredar meninggalk­an mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia