Berita Harian

Mahkamah gamat Jho Low disebut J Lo

-

Kuala Lumpur: Nama penyanyi dan pelakon terkenal Amerika Syarikat, J Lo atau Jennifer Lopez tiba-tiba disebut pada perbicaraa­n pecah amanah, menyalahgu­nakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Namun, bukan selebriti terkenal itu yang dimaksudka­n Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambara­m, sebaliknya ia merujuk kepada ahli perniagaan sedang diburu pihak berkuasa iaitu Low Taek Jho atau Jho Low.

Tersilap sebut

Sithambara­m yang ketika itu menyoal semula saksi ke-39 pendakwaan iaitu bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC Internatio­nal Sdn Bhd, Tan Sri Ismee Ismail, bertanyaka­n soalan yang cuba mengaitkan Najib dengan Jho Low, tetapi menyebutny­a sebagai J Lo.

Bagaimanap­un, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berada di bangku peguam bela kedengaran bersuara, “Jho Low bukan J Lo.”

Ismee kemudian berseloroh dengan bertanya Sithambara­m, “Kamu bertanya mengenai J Lo atau Jho Low ni?” yang menyebabka­n semua dalam mahkamah ketawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia