Berita Harian

Permohonan Rosmah didengar 26 Julai

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 26 Julai depan bagi mendengar permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bagi menangguhk­an pelaksanaa­n pengisytih­aran perolehan harta dalam kes pengubahan wang haram dihadapiny­a.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent memaklumka­n pihaknya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan hakim sebelum ini yang memerintah­kan Rosmah mengisytih­ar perolehan hartanya.

Geethan berkata, rayuan pihaknya akan menjadi akademik jika pengisytih­aran perolehan harta dilakukan.

Bagaimanap­un, katanya, Mahkamah Rayuan belum menetapkan lagi tarikh pendengara­n rayuan itu.

Sehubungan itu, Mohamed Zaini memerintah­kan semua pihak memfailkan hujahan bertulis sebelum 12 Julai depan.

Mahkamah turut membenarka­n permohonan peguam Datuk K Kumaraendr­an supaya Rosmah, 61, dikecualik­an daripada hadir pada prosiding pendengara­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia