Berita Harian

Kru bot diculik bukan rakyat kita

Kejadian berlaku dalam kawasan ESSZONE

- Oleh Suzianah Jiffar dan Poliana Ronnie Sidom

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahka­n 10 kru bot nelayan yang didakwa diculik penjenayah rentas sempadan berhampira­n perairan Tawi-tawi, selatan Filipina, awal pagi semalam bukan rakyat tempatan.

Beliau berkata, ini berikutan semua yang diculik itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Katanya, mereka juga diculik ketika berada di dalam kawasan perintah berkurung (ESSZONE) dan dalam perairan negara berhampira­n FELDA Sahabat.

“Ini warga negara asing yang mungkin dari Indonesia atau negara jiran lain tetapi siasatan masih dijalankan.

“Kita percaya mereka yang diculik adalah nelayan kerana kejadian berlaku pada jam 2.45 pagi, iaitu masa untuk menangkap ikan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Oleh Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB), di sini semalam.

Mazlan berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian dua bot nelayan dipercayai berada di perairan Tambisan dalam perjalanan ke Semporna, didatangi kumpulan bersenjata menggunaka­n bot laju, kira-kira jam 2 pagi.

Setakat ini, difahamkan semua mangsa yang diculik di atas bot nelayan itu adalah lelaki dan pemegang dokumen Lepa-lepa, berusia antara 17 tahun hingga 60 tahun.

Belum ada pihak buat laporan Kota Kinabalu,

Sementara itu, di

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata sehingga kini belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan polis.

Katanya, pihaknya juga belum dapat mengesahka­n sama ada berlaku dalam perairan negara ini atau di Filipina.

“Kita belum dapat sahkan (kejadian penculikan) dan tidak pasti ia berlaku di perairan sempadan mana,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, sumber memberitah­u BH, sebuah daripada bot nelayan berkenaan dinaiki tujuh kru dengan empat daripadany­a pemegang dokumen Lepa-lepa berusia antara 17 hingga 30 tahun, diculik.

Sebuah lagi bot dinaiki sembilan kru dengan enam daripadany­a yang juga pemegang dokumen Lepa-lepa diculik, berumur antara 22 hingga 60 tahun.

Ini kes penculikan kesembilan dilaporkan di kawasan pantai timur Sabah sejak 2016 hingga hari ini.

Semua yang diculik tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Mereka juga diculik ketika berada di dalam kawasan ESSZONE” Mazlan Mansor, Timbalan Ketua Polis Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia