Berita Harian

KRONOLOGI KES PENCULIKAN DI SABAH

-

1 April 2016:

Dua beradik Wong Teck Kang, 31; dan Wong Teck Chii, 29; serta sepupu mereka Jhonny Lau Jung Hien, 21; dan anak kapal Wong Hung Sing, 34 diculik di perairan Pulau Ligitan berhampira­n Semporna.

10 Julai 2016:

Tiga rakyat Indonesia Lorence Koten, 34; Teo Dorus Kopong, 42; dan Emanuel, 46, diculik lima lelaki bersenjata di perairan Felda Sahabat semasa menangkap ikan jam 11.40 malam.

18 Julai 2016:

Lima kru kapal tunda iaitu Abdul Rahim Summas, 62; Tayudin Anjut, 45; Fandy Bakran, 26; Mohamad Jumadil Rahim, 23; dan Mohd Ridzuan Ismail, 32; diculik di perairan Lahad Datu sebelum diselamatk­an pihak keselamata­n Filipina dalam operasi berasingan pada 23 dan 26 Mac 2017 selepas lapan bulan menjadi tebusan Abu Sayyaf.

3 Ogos 2016:

Juragan Herman Mangga, 30; Aryanto Basrun, 22; dan Muhamadin Ratin, 26; dipercayai diculik semasa menunda pukat di perairan Kinabatang­an.

11 September 2016:

Tiga kru kapal nelayan warga Filipina iaitu Loloi Alpin, 30; Sami, 30; dan Masurin, 50; diculik tujuh lelaki bersenjata di perairan Pulau Pom-pom Semporna.

27 September 2016:

Pemilik pukat tunda Ruslan Sarapin, 39; diculik di perairan Pulau Gaya, Semporna ketika menangkap ikan bersama 26 lagi anak kapal, dia dibebaskan pada pagi 1 Oktober.

11 September 2018:

Dua nelayan warga Indonesia dipercayai diculik kumpulan culik untuk wang tebusan (KFR) di perairan Pulau Gaya, Semporna.

Disember 2018:

Seorang nelayan Malaysia, Jari Abdullah, 34 tahun, dan dua rakannya, warga Indonesia, Heri Ardiansyah dan Hariadin, diculik kumpulan pengganas berkenaan ketika memukat ikan di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia