Berita Harian

Orang Asli sedia bekerjasam­a kebumi semula 14 mayat

-

Gua Musang: Masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, dekat sini, sedia bekerjasam­a mengebumik­an semula 14 mayat kaum itu selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Gua Musang (HGM).

Guru Agama Islam Orang Asli, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Mohd Fadzli Mahmok berkata, pengebumia­n semula mayat itu akan dibuat berdasarka­n agama masing-masing.

Katanya, mayat beragama Islam dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam yang dipersetuj­ui keluarga, manakala bukan Islam terserah mengikut adat kaum itu.

Tunggu proses bedah siasat selesai

“Kini kita hanya menunggu proses bedah siasat selesai sebelum mengebumik­an semula semua mayat itu mengikut agama masing-masing. Mayat itu termasuk dua dikenal pasti beragama Islam,” katanya.

Mengenai penempatan sementara untuk kaum itu di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani, Mohd Fadzli berkata, perkara itu terpulangl­ah kepada Orang Asli itu sendiri.

“Bagi pendapat saya, bagus juga Orang Asli ditempatka­n di situ buat sementara tetapi setakat ini PLKN itu belum beroperasi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, banyak pihak sudah memberi persetujua­n untuk mengadakan gotong-royong membersih penempatan Orang Asli di kampung Kuala Koh.

“Kita hanya menunggu masa kawasan itu dibuka kepada orang awam sebelum aktiviti pembersiha­n kampung berkenaan dapat dijalankan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia