Berita Harian

Wabak dipercayai merebak

KKM terima laporan kes disyaki demam campak di Kuala Terengganu, Jerantut

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Wabak demam campak yang berlaku dalam komuniti Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, dipercayai merebak ke komuniti Orang Asli di Hulu Terengganu, Terengganu dan Jerantut, Pahang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Kementeria­n Kesihatan (KKM) menerima 20 laporan kes disyaki demam campak di perkampung­an Orang Asli di dua negeri itu, iaitu 12 kes di Kampung Gerdong, Hulu Terengganu dan lapan kes di Kampung Ulu Sat, Jerantut.

Katanya, 11 kes disahkan wabak demam campak, iaitu tujuh kes di Kampung Gerdong, dan empat kes di Kampung Ulu Sat, yang dipercayai berkait dengan kes di Gua Musang.

“Siasatan awal mendapati terdapat

sejarah pergerakan mereka yang disyaki dijangkiti demam campak di Kampung Gerdong, dengan komuniti Orang Asli suku Batek di Kuala Koh.

Sejarah pergerakan keluar masuk

“Penduduk Orang Asli di Kampung Ulu Sat pula memiliki sejarah pergerakan keluar masuk ke Kampung Gerdong.

“Buat masa ini kejadian wabak ini adalah terkawal. Orang ramai diminta tidak khuatir dan KKM akan memaklumka­n perkembang­an terkini kejadian ini dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Pengalaman Kesihatan Mental 2019 di sini, semalam.

Ditanya sama ada kementeria­n akan melaksanak­an kuarantin di Kampung Gerdong dan Kampung Ulu Sat, Dr Dzulkefly berkata, pihak berkuasa akan menguatkua­sakan larangan pergerakan keluar masuk ke kawasan terbabit.

Beliau juga berkata, 13 mayat yang ditemui sudah menjalani bedah siasat, manakala pasukan pakar forensik sedang menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mereka.

“Sampel yang diperoleh daripada bedah siasat itu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut, dan keputusan ujian berkenaan akan diperoleh dalam tempoh beberapa hari,” katanya.

Setakat semalam, seramai 10 Orang Asli di masukkan ke wad di Hospital Hulu Terengganu selepas menunjukka­n simptom jangkitan saluran pernafasan, cirit-birit dan muntah, membabitka­n sembilan dari Kuala Koh serta seorang dari Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Demam campak jadi punca

Kelmarin, KKM mengesahka­n wabak yang berlaku dalam komuniti Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, termasuk membabitka­n kematian, adalah disebabkan demam campak.

Ia berdasarka­n keputusan ujian makmal yang mengesahka­n 37 daripada 112 kes membabitka­n komuniti Orang Asli itu disebabkan wabak berkenaan, termasuk tiga kematian disahkan setakat ini.

Keputusan ujian makmal yang lain seperti tuberkulos­is (tibi), melioidosi­s, leptospiro­sis dan corona virus adalah negatif.

 ?? [FOTO RAMLI IBRAHIM /BH] ?? Orang Asli Kampung Kuala Koh berkumpul selepas menerima rawatan susulan, semalam.
[FOTO RAMLI IBRAHIM /BH] Orang Asli Kampung Kuala Koh berkumpul selepas menerima rawatan susulan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia