Berita Harian

Vaksin diberi minggu ini

-

Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Kelantan akan memberi suntikan vaksin secara menyeluruh bermula minggu ini kepada penduduk sekitar Kuala Koh terutama Orang Asli suku Batek yang terdedah dengan wabak demam campak.

Pengarahny­a, Dr Zaini Hussin, berkata pihaknya ketika ini sedang mengumpul data termasuk mengenal pasti bilangan mereka yang terdedah memandangk­an kampung itu bukan hanya didiami Orang Asli, malah ada juga masyarakat tempatan.

Beliau berkata, walaupun tugas itu sukar, pihaknya akan mendapatka­n kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan ketua kampung atau tok batin.

Hadapi kesukaran

“Pada masa sama, program suntikan imunisasi secara berjadual akan diteruskan terutama kepada kanak-kanak, cuma kita menghadapi kesukaran sebelum ini memandangk­an suku kaum itu kerap berpindahr­andah.

“Kita memang sentiasa berusaha membantu Orang Asli suku Batek dari segi suntikan, namun liputan imunisasi rendah iaitu hanya 61.5 peratus bagi suntikan dos pertama vaksin (Mump, Measles dan Rubela) serta 30 peratus bagi suntikan dos kedua.

“Apapun kita tidak boleh salahkan mereka kerana mungkin ketika kita ingin melakukan suntikan imunisasi secara berjadual di kampung itu kebetulan mereka tiada kerana perlu mencari hasil hutan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kementeria­n Kesihatan semalam mengesahka­n wabak yang berlaku dalam komuniti Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, termasuk membabitka­n kematian disebabkan demam campak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia