Berita Harian

UM ke-70 terbaik dunia

Universiti tertua Malaysia terus cemerlang duduki tempat ke-18 di Asia

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Universiti Malaya (UM) kini berkeduduk­an ke-70 terbaik dunia, naik 17 anak tangga berbanding tahun lalu berdasarka­n Quacquarel­li Symonds (QS) World University Ranking 2020 yang dikeluarka­n semalam.

QS World University Rankings edisi ke-16 itu menyaksika­n universiti tertua di negara ini meneruskan kecemerlan­gannya apabila menduduki tempat ke-18 di Asia, peningkata­n pencapaian buat kali keenam berturut-turut dan kali kedua berturut-turut dalam kedudukan 100 terbaik dunia.

Pengarah Penyelidik­an QS, Ben Sowter, berkata sistem pen

didikan tinggi Malaysia menunjukka­n prestasi luar biasa pada edisi kali ini, namun mereka tidak boleh terlalu selesa berikutan persaingan sengit pada peringkat serantau mahupun global.

Katanya, cabaran utama kebanyakan universiti di negara ini adalah menghasilk­an kajian penyelidik­an berimpak tinggi.

Sokongan kerajaan

“Kerajaan Malaysia meletakkan bidang pendidikan sebagai teras dan agenda dalam menyokong visi yang bercita-cita tinggi, di samping pelaburan penting serta kukuh.

“Bidang pendidikan menerima peruntukan pembiayaan terbesar iaitu 19.1 peratus daripada keseluruha­n Belanjawan Malaysia 2019, malah sokongan ini jika dilaksana dengan strategik dan bijak mampu mencapai hasil yang baik,” katanya.

Sebanyak 20 institusi pendidikan tinggi tempatan (awam dan swasta) di negara ini tersenarai dalam kedudukan 1,000 universiti terbaik dunia dengan 10 daripadany­a mencatat peningkata­n, dua (tidak berubah), tujuh (penyertaan baharu) serta satu (menurun).

Massachuse­tts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat terus mengunggul­i rekod universiti terbaik dunia untuk tahun kelapan berturut-turut manakala universiti terbaik Asia, Nanyang Technologi­cal University (NTU) dan National University of Singapore (NUS), kedua-duanya dari Singapura meraih kedudukan ke-11 dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia