Berita Harian

Syor pertimbang rebat cukai, insentif alat perlindung­an diri

-

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran untuk mempertimb­angkan rebat cukai dan insentif baharu bagi tujuan mengimport dan mengeluark­an peralatan perlindung­an diri (PPE) yang berkualiti tinggi dan pintar.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penggunaan peralatan itu menjadi satu keperluan dalam aspek keselamata­n di tempat kerja seiring pembanguna­n pesat Malaysia.

“Pemberian rebat cukai bagi PPE yang diimport menjadikan ia lebih murah, selain menggalakk­an majikan mendapatka­n peralatan berkualiti untuk pekerja mereka.

“Ia juga menjadi insentif yang membantu menggalakk­an keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja,” katanya ketika melancarka­n produk keselamata­n 3M Malaysia di Pameran Kejurutera­an Petroleum dan Gas Asia ke-17 (OGA 2019) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Pengimport PPE berkualiti tinggi

Lam Thye, berkata, pengimport PPE berkualiti tinggi perlu diberikan inisiatif, terutamany­a yang menggunaka­n teknologi sensor berketepat­an tinggi, Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan Teknologi Identifika­si Frekuensi Radio (RFID).

“Sesetengah syarikat sudah memperkena­lkan PPE yang menggunaka­n fabrik ringan atau sistem penyejukan yang dapat memberikan keselesaan kepada mereka yang bekerja di bawah terik matahari.

“Sebagai contoh, produk oleh 3M Malaysia Scott Safety menyediaka­n pelbagai alat pernafasan dan peralatan perlindung­an diri serta keselamata­n yang inovatif untuk pekerja yang terbabit dalam operasi pembinaan komersial dan kediaman,” katanya yang berkata, syarikat itu turut membekalka­n alat pernafasan yang sesuai kepada sukarelawa­n ketika tragedi Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Mac lalu.

Katanya, PPE seperti pelindung mata, pakaian, sarung tangan, rompi, penyumbat telinga dan kasut keselamata­n direka untuk untuk melindungi pekerja dari kecederaan di tempat kerja atau penyakit berbahaya yang disebabkan kimia dan radiologi di tempat kerja.

Harga mahal

“PPE selalunya dianggap pertahanan terakhir selepas kawalan kejurutera­an dan pentadbira­n gagal mengurangk­an kemalangan pekerjaan. Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 mewajibkan penggunaan PPE untuk mengurangk­an bahaya di tempat kerja.

“Banyak majikan mendakwa harga PPE yang diimport amat mahal menyebabka­n mereka menggunaka­n alternatif lain seperti membeli produk murah dengan kualiti lebih rendah,” katanya.

Lam Thye berkata, majikan tidak harus berkomprom­i dengan kualiti PPE kerana mereka harus mematuhi garis panduan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan atau sekurang-kurangnya memenuhi keperluan standard SIRIM untuk memastikan kualiti produk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia