Berita Harian

ICQS Bukit Kayu Hitam, CIQ Sadao mula operasi 24 jam

-

Bukit Kayu Hitam: Kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Thailand diperkukuh­kan menerusi operasi 24 jam di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao, bermula semalam.

Pelaksanaa­n operasi susulan kepada persetujua­n dicapai antara Perdana Menteri keduadua negara ketika lawatan Tun Dr Mahathir Mohamad ke Bangkok, akhir tahun lalu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, berkata perkongsia­n sempadan berupaya meningkatk­an hubungan antara kedua-dua negara.

Katanya, permulaan operasi 24 jam itu bakal menarik pelaburan asing, memantapka­n usaha perindustr­ian dan merancakka­n proses pertumbuha­n ekonomi kedua-dua negara.

“Hubungan dua hala ini memperkasa­kan integrasi serantau dalam kalangan negara ASEAN, sekali gus meningkatk­an usaha berterusan bagi merealisas­ikan komuniti ASEAN yang bersepadu.

Perdaganga­n terus mantap

“Sebagai contoh, perdaganga­n kedua-dua negara terus mantap dan Thailand adalah rakan dagang kelima terbesar Malaysia pada peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara ASEAN,” katanya sempena pelancaran operasi berkenaan, di sini, pagi semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Penasihat kepada Menteri Luar Thailand, Chaisiri Anamarn dan Gabenor Wilayah Songkhla, Weranaan Pengjun.

Operasi 24 jam itu dijalankan dalam tempoh percubaan tiga bulan membabitka­n pergerakan kargo dan barang dibawa trak dan kenderaan berat.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata kedua-dua negara akan terus mempromosi­kan perdaganga­n dan pelaburan yang dapat memanfaatk­an penduduk sekitar sempadan.

Sementara itu, Chaisiri berkata, pelaksanaa­n operasi terbabit dibuat sebagai susulan persetujua­n dicapai antara Perdana Menteri kedua-dua negara ketika lawatan Dr Mahathir ke Bangkok, Oktober lalu.

“Inisiatif ini membantu melancarka­n logistik merentasi sempadan, mengurangk­an kesesakan di pusat pemeriksaa­n dan memudahkan koordinasi antara agensi kawalan sempadan sepanjang masa.

“Tempoh operasi dilanjutka­n ini membantu mengurangk­an kesesakan lalu lintas, selain memudahkan rakyat menyeberan­gi sempadan bagi tujuan pelanconga­n, perniagaan dan perdaganga­n,” katanya.

Permulaan operasi 24 jam itu bakal menarik pelaburan asing, memantapka­n usaha perindustr­ian dan merancakka­n proses pertumbuha­n ekonomi kedua-dua negara” Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Luar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia