Berita Harian

Rakyat tak perlu risau kerajaan komited pacu ekonomi

-

Kuala Lumpur: Rakyat dinasihatk­an tidak risau dengan situasi ekonomi negara kerana kerajaan sedang berusaha keras meletakkan ekonomi negara berada pada landasan tepat ketika berdepan cabaran ekonomi global.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata kerajaan komited untuk fokus dan membina ekonomi agar dapat dikongsi bersama rakyat.

Katanya, komitmen kerajaan ini diperakui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerajaan sedang melakukan yang terbaik, bekerja keras memperbetu­lkan pelbagai kerosakan berlaku sebelum ini.

Usaha kerajaan

“Kita sedang melihat hasilnya, maka saya percaya rakyat boleh merasakan manfaat terhadap segala yang diusahakan Kerajaan PH hari ini.

“Ini dapat dilihat berdasarka­n pelaburan langsung asing (FDI) apabila pelabur melihat sendiri kami sedang berusaha membetulka­n segala perkara, termasuk sistem, urus tadbir dan struktur,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDA 2019 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi RISDA, Rosely Kusip.

Pada majlis itu, RISDA turut meraikan 60 penghuni Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-barakh Malaysia.

Kira-kira 2,000 jemputan hadir ke majlis berkenaan yang terdiri daripada pegawai RISDA dan agensi di bawah Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi.

Mohd Radzi berkata, kerajaan juga mengambil tindakan sebaiknya untuk mengharung­i cabaran ekonomi global ketika inj.

“Sebagai contoh Majlis Tindakan Ekonomi menggarisk­an cadangan dan pelan mengembang­kan ekonomi.

“Tun Dr Mahathir turut bercakap mengenai produktivi­ti dan cabaran ekonomi semasa penting meningkatk­an produktivi­ti,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Mohd Radzi menyampaik­an duit raya kepada anak yatim pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDA 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Mohd Radzi menyampaik­an duit raya kepada anak yatim pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDA 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia