Berita Harian

Laporan akhir diserahkan September ini

Syor hasil dapatan 17 sesi babit 48 saksi

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Laporan akhir dan syor Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis yang berakhir semalam akan dipersemba­hkan kepada Yang di-pertuan Agong awal September ini.

Pengerusi RCI, Tun Arifin Zakaria, berkata laporan dan syor itu adalah hasil dapatan daripada 17 sesi pendengara­n membabitka­n 48 saksi yang memulakan prosiding sejak 17 April lalu.

“Selepas 17 hari, sesi pendengara­n kita tangguhkan hari ini (semalam)

yang membolehka­n kami bermesyuar­at bagi menyediaka­n laporan itu.

“Kami ada dua bulan untuk tujuan itu, dan Insya-allah kita dapat persembahk­an kepada Yang di-pertuan Agong pada awal September,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan sesi terakhir RCI itu semalam, Arifin berkata, setakat ini beliau puas hati dengan perjalanan dan dapatan prosiding itu.

Beliau juga mengakui polis telah melakukan yang terbaik dan termampu dalam mengendali­kan kes itu, termasuk dalam proses perjalanan RCI.

“Cuma ada beberapa perkara seperti kita mahukan saksi dari Thailand tetapi tidak mendapat kerjasama sebaiknya, ia sukarkan kita mendapat gambaran menyeluruh.

“Bagaimanap­un, secara asasnya saya berpendapa­t sasaran penubuhan RCI tercapai, yang memudahkan kita kemukakan cadangan seperti penambahba­ikan yang perlu dilakukan dalam pengawalan sempadan serta kerjasama dengan pihak antarabang­sa,” katanya.

Terdahulu, pegawai penyiasat kes, Superinten­dan Woon Tan Seng, memberitah­u RCI ramai saksi bimbang untuk tampil memberi kerjasama kepada polis dalam kes itu.

Katanya, pihaknya juga perlu bergantung kepada maklumat daripada orang awam kerana kekurangan maklumat risikan.

“Saksi tidak nampak kita boleh mengaplika­sikan Akta Perlindung­an Saksi untuk melindungi mereka. Oleh sebab itu, mereka ragu dan takut untuk tampil memberi kerjasama,” katanya.

Gagal dapat ekstradisi

Tan Seng, saksi ke-48 berkata, antara kelemahan lain dalam kes itu adalah masalah pertukaran maklumat dan kurang persefaham­an antara agensi penguatkua­saan.

Dalam perkembang­an lain, Tan Seng berkata, polis menerusi Jabatan Peguam Negara telah memohon untuk mengekstra­disi 10 suspek warga Thailand namun, sehingga kini masih gagal mendapatka­nnya.

Ketika menjawab soalan Arifin mengenai dapatan punca kematian 106 pendatang asing tanpa izin kes itu, Tan Seng berpendapa­t kematian mereka bukan disebabkan didera.

“Saya percaya mereka mati sebab sakit, punca kesakitan menjadi perkara biasa di dalam hutan. Tambahan pula mereka hanya diberi makan sekali sehari dan hidup serba kekurangan di hutan.

“Ada saksi mengaku mereka dirotan selain terdapat kesan lebam dan balutan. Bagaimanap­un, kecederaan itu bagi saya tidak menjadi penyebab kepada kematian,” katanya.

Ketika diminta cadangan penambahba­ikan oleh ahli RCI, Tan Seng mengesyork­an agar pihak berkuasa menambah bilangan anggota di sempadan selain pertingkat­kan rondaan.

“Penggunaan teknologi canggih seperti dron juga dapat membantu selain tingkatkan pemahaman undang-undang sedia ada oleh semua agensi penguat kuasa di sempadan,” katanya.

Sasaran penubuhan RCI tercapai, memudahkan kita kemukakan cadangan seperti penambahba­ikan yang perlu dilakukan dalam pengawalan sempadan” Arifin Zakaria, Pengerusi RCI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia