Berita Harian

BNM

Pemindahan firma asing ke Malaysia sokong ekonomi

-

Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkak­an pemindahan syarikat-syarikat dari China untuk mengelak tarif Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi, sebahagian­nya akan dapat mengimbang­i unjuran pertumbuha­n ekonomi lebih rendah tahun ini.

Bank pusat itu sebelum ini menurunkan tinjauan pertumbuha­n ekonomi Malaysia untuk 2019 disebabkan oleh peningkata­n perang perdaganga­n.

Dalam temu bual rasmi pertamanya

bersama media antarabang­sa sejak memegang jawatan itu hampir setahun lalu, Gabenornya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, peralihan perdaganga­n itu akan menambah kira-kira 10 mata asas kepada kadar pertumbuha­n tahun ini.

Ia, katanya akan mengatasi unjuran semasa BNM bagi 2019 antara 4.3 peratus hingga 4.8 peratus.

“Terdapat banyak ketidakpas­tian bilakah pelaburan akan meningkat dan kapasiti produktif lebih tinggi boleh dimanfaatk­an oleh firmafirma daripada peralihan perdaganga­n ini akan dapat direalisas­ikan,” katanya.

Disebabkan itulah, beliau berkata, bank pusat dalam unjuran pertumbuha­nnya, hanya memasukkan jangkaan kerugian daripada perang perdaganga­n, termasuk pusingan terkini langkah berbalas tindakan antara dua ekonomi terbesar dunia itu, berbanding manfaatnya.

Seperti Vietnam, Malaysia muncul salah satu penerima manfaat terbesar daripada konflik perdaganga­n berikutan keupayaan pengeluara­nnya dan ekonomi yang terbuka.

Cabaran ekonomi negara

Data semasa menunjukka­n pelaburan langsung asing yang diluluskan ke dalam industri perkilanga­n melonjak 127 peratus pada suku pertama berbanding setahun yang lalu.

Pulau Pinang, lokasi kepada kemudahan tempatan Intel Corp dan Dell Technologi­es Inc, adalah antara penerima terbesar lonjakan pelaburan terbabit.

Perang perdaganga­n dan kelembapan perdaganga­n kekal menjadi cabaran kepada ekonomi Malaysia yang bergantung kepada eksport, dengan penganalis­is menjangkak­an pertumbuha­n akan berkembang perlahan kepada 4.5 peratus tahun ini, paling lemah dalam tempoh tiga tahun.

“Asas bersihnya, manfaat peralihan perdaganga­n tidak dapat mengimbang­i sepenuhnya impak kerugian daripada perang perdaganga­n,” katanya.

BNM adalah bank pusat kedua di Asia yang menurunkan kadar faedah tahun ini ketika pembuat dasar di rantau ini berusaha mengukuhka­n ekonomi terhadap risiko global, manakala Rizab Persekutua­n AS mengelak untuk menaikkan kadar faedah.

Nor Shamsiah berkata, pemotongan 25 mata asas kadar faedah pada bulan lalu adalah maklum balas kepada persekitar­an kewangan yang sempit berikutan aliran keluar asing.

“Pemotongan ini sepatutnya akan mengembali­kan tahap akomodatif monetari yang akan menyokong pertumbuha­n dengan inflasi stabil,” katanya.

Terdapat banyak ketidakpas­tian bilakah pelaburan akan meningkat dan kapasiti produktif lebih tinggi boleh dimanfaatk­an oleh firma-firma daripada peralihan perdaganga­n ini akan dapat direalisas­ikan” Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor BNM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia