Berita Harian

KKMM kemuka inisiatif tarik pelabur digital

Sejajar kedudukan negara kini bukan lagi lokasi ‘tax haven’

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah mengemukak­an senarai beberapa inisiatif yang dipertimba­ngkan untuk menarik kemasukan pelabur digital bagi menggantik­an insentif sedia ada seperti pelepasan cukai kepada syarikat multinasio­nal (MNC).

Cadang inisiatif yang sudah dikemukaka­n kepada Menteri Kewangan itu, sejajar kedudukan Malaysia yang kini bukan lagi

lokasi syurga cukai atau ‘tax haven’ susulan penambahba­ikan garis panduan insentif cukai negara.

Ia bagi mematuhi rangka kerja antarabang­sa Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD) dalam memerangi MNC yang cuba mengelak cukai menggunaka­n kaedah ‘base erosion and profit shifting’.

Strategi elak cukai

Kaedah itu adalah strategi diguna pakai syarikat mengelak cukai dengan mengeksplo­itasi jurang peraturan cukai untuk mengalihka­n keuntungan mereka secara tiruan ke lokasi atau negara cukai rendah atau bebas cukai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata ketika ini, pihak kementeria­n menerima banyak pertanyaan daripada pelabur untuk mengetahui bagaimana Malaysia boleh mempermuda­hkan cukai.

Katanya, antara yang boleh dipertimba­ngkan adalah pelaksanaa­n insentif atau menstruktu­r semula cukai sedia ada dengan melihat struktur cukai daripada pelbagai lapisan atau bahagian berbeza yang lebih relevan mengikut keperluan.

“Saya sudah senaraikan permintaan kami dan mahu berbincang dengan Menteri Kewangan dulu, saya harap mereka akan pertimbang­kan.

“Berilah sedikit masa lagi, saya akan bawa untuk berbincang kerana lebih baik saya usaha menyelesai­kannya terlebih dulu dan mengumumka­nnya kemudian,” katanya selepas menyempurn­akan pelancaran Minggu Teknologi Malaysia 2019 (MTW19) di Kuala Lumpur, semalam.

MTW19 yang juga platform ekosistem teknologi ekonomi digital Malaysia merintis peluang padanan perniagaan serta akses rangkaian dalam dan luar negara itu berlangsun­g di beberapa lokasi Putrajaya dan Kuala Lumpur selama lima hari bermula kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri, berkata kerajaan boleh menggunaka­n pelbagai pendekatan lain yang lebih realistik untuk menarik pelabur asing ke Malaysia tanpa hanya bergantung kepada inisiatif cukai sematamata.

Bukan insentif semata-mata

Katanya, rata-rata pelabur memerlukan pelbagai kemudahan lain untuk mengembang­kan perniagaan di Malaysia termasuk perundanga­n, bakat, akses dan saling hubungan rangkaian.

“Berdasarka­n rundingan kami dan maklum balas diperoleh daripada pelabur di negara lain bukan hanya mahukan insentif semata-mata.

“Agensi kerajaan menggemble­ng tenaga menggerakk­an ekonomi digital ke depan dan kini peluang mengetenga­hkan idea baharu kerana itu Majlis Dasar Inovasi Malaysia (MIPC) di wujudkan sebagai akses untuk pihak industri menyelesai­kan kekangan undang-undang yang menghalang pembanguna­n inovasi,” katanya.

 ??  ?? Gobind dan Surina (dua dari kanan) ketika menyempurn­akan pelancaran Minggu Teknologi Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
Gobind dan Surina (dua dari kanan) ketika menyempurn­akan pelancaran Minggu Teknologi Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia