Berita Harian

MALAYSIA Bakal jadi pengekspor­t bersih bahan api bertapis

PETRONAS, Saudi Aramco jalin kerjasama strategik

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Projek Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dijangka beroperasi secara komersial sepenuhnya pada suku keempat tahun ini akan menjadikan Malaysia pengekspor­t bersih bahan api bertapis buat pertama kali sejak 2008.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata usaha sama PETRONAS dan Saudi Aramco itu menandakan kerjasama bersejarah antara dua syarikat minyak dan gas paling berjaya di dunia.

“Kerjasama ini membawa bersama sumber meluas, teknologi, pengalaman, kepakaran dan kehadiran komersial lebih bermanfaat kepada kedua-dua syarikat,” katanya pada Pameran Kejurutera­an Minyak, Gas dan Petrokimia Asia Ke-17 (OGA 2019) di Kuala Lumpur, semalam.

Guan Eng berkata, unjuran kenaikan semula harga minyak mentah global adalah positif bagi sektor huluan Malaysia kerana ia menghidupk­an

semula minat dalam kerja penerokaan dan pembanguna­n, terutama bagi projek yang terletak di kawasan laut dalam dan bercabaran dari segi teknologi.

Beliau berkata, pakar industri menjangkak­an harga minyak mentah berlegar antara AS$60 hingga AS$70 satu tong tahun ini, mencukupi untuk menggerakk­an semula beberapa aktiviti penerokaan dan pengeluara­n yang mungkin dihentikan sebelum ini berikutan harga minyak rendah.

Pendapatan sumber petroleum

Guan Eng berkata, kerajaan juga sudah tidak lagi bergantung kepada pendapatan petroleum seperti sebelum ini.

Katanya, pada 2009, sebanyak 41.3 peratus pendapatan kerajaan dijana daripada sumber petroleum.

“Pada 2019, hanya kira-kira 19.5 peratus jumlah pendapatan adalah dijana daripada sumber petroleum, tanpa mengambil kira dividen khas PETRONAS yang digunakan untuk membiayai pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan cukai pendapatan,” katanya.

Lebih 2,000 syarikat O&G dari 60 negara mempamerka­n pelbagai produk dan teknologi terkini pada OGA 2019 yang berlangsun­g semalam hingga esok.

Ia dijangka meraih transaksi nilai dagangan sehingga RM2.2 bilion menerusi padanan perniagaan.

 ??  ??
 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] ?? Guan Eng (tengah) ketika menghadiri Pameran Kejurutera­an Minyak, Gas dan Petrokimia Asia Ke-17 (OGA 2019) di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] Guan Eng (tengah) ketika menghadiri Pameran Kejurutera­an Minyak, Gas dan Petrokimia Asia Ke-17 (OGA 2019) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia