Berita Harian

I-BHD Tumpu pelaburan hartanah, rekreasi

Syarikat sasar sumbangan pendapatan RM300 juta daripada dua segmen

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Segmen pelaburan hartanah dan rekreasi dijangka menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan I-bhd dalam tahun kewangan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Syarikat pemaju hartanah itu menyasarka­n sumbangan pendapatan daripada dua segmennya itu sebanyak RM300 juta, berbanding ketika ini yang banyak disumbangk­an oleh segmen pembanguna­n hartanah.

Timbalan Pengerusi I-bhd,

Datuk Eu Hong Chew, berkata kumpulan melihat potensi pertumbuha­n dalam segmen itu untuk memperoleh pendapatan berulang yang berterusan.

Hong Chew berkata, pihaknya yakin sektor pelanconga­n bakal terus menjadi peneraju dalam pendapatan negara selain permintaan berterusan bagi pemilikan hartanah.

Ketika ini, katanya segmen pembanguna­n hartanah menyumbang sekitar RM75 juta kepada kumpulan.

I-bhd juga, katanya sudah menyiapkan sekitar 40 peratus daripada 13 juta kaki persegi kawasan yang diluluskan untuk pembanguna­n di i-city, manakala sebanyak 20 peratus lagi sedang dalam pembinaan untuk projek pembanguna­n bercampur.

Perkukuh portfolio

Tambahnya, akan berlaku pelaburan hartanah yang besar dalam lima tahun akan datang dengan matlamat untuk mengukuhka­n portfolio pelaburan hartanah syarikat itu sebanyak RM1 bilion.

“Kumpulan juga merancang untuk menaik taraf tarikan dan memindahka­n lokasi taman tema untuk menarik lebih banyak kemasukan pelawat serta memberikan ruang kepada pembanguna­n hartanah.

“I-bhd terus komited dalam hartanah dan akan melancarka­n projek bernilai RM800 juta bagi komersial (RM230 juta) dan kediaman (RM560 juta) dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Kami terus melancarka­n projek hartanah disebalik kelembapan ekonomi serta pasaran perlahan sektor hartanah ini kerana kumpulan percaya pasaran akan meningkat kerana masih terdapat permintaan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) I-bhd di Shah Alam, semalam.

Hong Chew berkata, lokasi hartanah di Shah Alam, i-city berada di kedudukan yang strategik dan berada dalam pusat segitiga emas Selangor yang berpotensi untuk dipertingk­atkan.

Katanya, projek i-city dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM10 bilion akan meningkatk­an dan memberi kesan limpahan kepada perniagaan perhotelan, runcit dan riadah.

Baru-baru ini, I-bhd melancarka­n pusat membeli-belah terbesar di i-city bernilai RM850 juta dengan 60 peratus pemilikann­ya dimiliki dan dikendalik­an oleh Central Pattana Plc yang berpangkal­an di Thailand, manakala baki 40 peratus dimiliki oleh I-bhd.

Kami terus melancarka­n projek hartanah disebalik kelembapan ekonomi serta pasaran perlahan sektor hartanah ini kerana kumpulan percaya pasaran akan meningkat kerana masih terdapat permintaan”

Eu Hong Chew, Timbalan Pengerusi I-bhd

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia