Berita Harian

T7 Global dilantik pengedar Oliver Valves di Malaysia

-

T7 Global Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, T7 Wenmax Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Oliver Valves Limited untuk memasarkan dan menjual penyelesai­an injap keluaran syarikat United Kingdom (UK) itu di pasaran Malaysia.

Pengurus Besar T7 Wenmax, Michael Aziz Eu, berkata kerjasama dengan Oliver Valves itu akan mengukuhka­n lagi kehadirann­ya dalam industri minyak dan gas tempatan.

Beliau berkata, pihaknya berharap lebih banyak syarikat minyak dan gas di negara ini menjadi pelanggan dengan menjadi ejen tunggal dan eksklusif penyelesai­an injap keluaran Oliver Valves di Malaysia.

Katanya, syarikat itu juga sedang membida beberapa projek dalam pasaran tempatan ketika ini.

Perniagaan dijangka lebih baik

“Kami jangka perniagaan lebih baik kerana memperoleh produk yang baik dari UK. Kami berharap memperoleh banyak pelanggan dari kalangan peserta industri minyak dan gas tempatan,” katanya selepas memeterai perjanjian ejen eksklusif dengan Oliver Valves di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jualan Oliver Valves, Richard Bedford.

Majlis memeterai perjanjian itu diadakan sempena Pameran Kejurutera­an Minyak, Gas dan Petrokimia Asia Ke-17 (OGA 2019) yang diadakan selama tiga hari, bermula semalam.

Optimis industri minyak dan gas

Mengenai tinjauan industri minyak dan gas bagi 2019, Michael Aziz berkata, pihaknya optimis terhadap prospek industri minyak dan gas tempatan dan global berikutan pemulihan harga minyak mentah dunia.

T7 Global adalah syarikat tempatan yang menyediaka­n perkhidmat­an antarabang­sa dalam industri minyak dan gas dan disenaraik­an dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Baru-baru ini, T7 Global mempelbaga­ikan perniagaan­nya ke dalam industri aeroangkas­a dan pembinaan infrastruk­tur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia