Berita Harian

3M perkenal solusi Scott Safety

-

Syarikat sains global, 3M Malaysia memperkena­lkan rangkaian peralatan keselamata­n terbaharu, Scott Safety pada Pameran Kejurutera­an Minyak, Gas dan Petrokimia Asia ke-17 (OGA 2019).

Pengurus Besarnya, GT Lim, berkata rangkaian produk Scott Safety menawarkan solusi keselamata­n untuk menangani bahaya unik yang biasanya wujud di tapak pembinaan.

Katanya, ia termasukla­h operasi yang membabitka­n ruang yang terkurung, lubang jalan, terowong, parit dan kerja mengimpal.

“Lazimnya, majikan menggunaka­n peralatan keselamata­n yang mematuhi piawaian tertentu tetapi mereka gagal untuk mengetahui sama ada peralatan itu adalah pilihan yang tepat untuk pekerjaan mereka.

Jamin keselamata­n pekerja

“Kami ingin menangani masalah ini menerusi penyertaan kami di OGA 2019, di samping membantu majikan memahami keperluan sebenar untuk menjamin tahap keselamata­n pekerja mereka,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran rangkaian solusi berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Acara itu dirasmikan Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye.

Pada acara sama turut diadakan pelancaran alat perlindung­an pendengara­n ‘3M PELTOR Full Brim Hard Hat Attached Earmuff’ dan demonstras­i operasi kerja menyelamat dalam ruang terkurung.

Sementara itu, Lam Thye berkata, amalan keselamata­n dan kesihatan pekerja yang baik di tempat kerja dapat menyelamat­kan nyawa terutamany­a bagi tempat kerja yang berisiko tinggi.

“Penerapan ilmu peralatan perlindung­an yang betul adalah penting untuk mewujudkan budaya kerja yang lebih selamat, justeru dapat mengurangk­an risiko bahaya di tempat,” katanya.

 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] ?? Lam Thye (kanan) dan Lim pada pelancaran rangkaian solusi keselamata­n di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] Lam Thye (kanan) dan Lim pada pelancaran rangkaian solusi keselamata­n di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia