Berita Harian

Dagangan agrikomodi­ti cecah RM52.7B

-

Sektor agrikomodi­ti di negara ini mencatatka­n nilai dagangan RM52.7 bilion antara Januari hingga April tahun ini, manakala imbangan dagangan sebanyak RM27.7 bilion.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata pendapatan eksport produk komoditi bagi tempoh sama pula adalah RM40.2 bilion atau 12.5 peratus daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara.

Katanya, nilai eksport komoditi mengalami penurunan sebanyak 7.5 peratus berbanding tempoh sama tahun 2018 yang mencatatka­n nilai sebanyak RM43.5 bilion.

“Penurunan nilai eksport produk agrikomodi­ti ini disebabkan oleh faktor kejatuhan eksport produk utama seperti minyak sawit, oleokimia berasaskan sawit dan getah asli.

“Walaupun nilai eksport mengalami penurunan, kuantiti eksport produk sawit meningkat sebanyak 4.6 peratus kepada 8.9 juta tan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Kementeria­n Industri Utama di Putrajaya, semalam.

Kok berkata, pada suku pertama 2019, aktiviti peringkat huluan dan hiliran sektor agrikomodi­ti turut menyumbang enam peratus atau RM20.7 bilion kepada jumlah keseluruha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kempen tingkat kesedaran

Katanya, antara pencapaian dan prestasi positif kementeria­nnya tahun ini ialah kempen ‘Sayangi Sawitku’ untuk meningkatk­an kesedaran dan apresiasi pengguna terhadap minyak sawit dan menggalakk­an penggunaan minyak sawit domestik dilancarka­n pada suku pertama 2019.

“Pada April lalu, kita telah memeterai memorandum persefaham­an (MOU) bagi pembelian minyak sawit tambahan sebanyak 1.9 juta tan bagi anggaran nilai sebanyak RM4.56 bilion yang ditandatan­gani Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dengan China Chambers of Commerce of Foodstuffs and Native Produce (CFNA),” katanya.

Beliau turut mengumumka­n sehingga Mei lalu, kementeria­nnya mencapai prestasi 45.83 peratus bagi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) berbanding 41.7 peratus yang ditetapkan.

“Pencapaian melebihi sasaran ini dicapai hasil kerjasama rapat dan padu antara semua pihak termasuk agensi di bawah kementeria­n ini,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH ] ?? Kok bersama bersama anak-anak yatim pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Kementeria­n Industri Utama di Putrajaya, semalam.
[ FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH ] Kok bersama bersama anak-anak yatim pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Kementeria­n Industri Utama di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia