Berita Harian

Saling menghormat­i panduan kekal keamanan

-

Kuala Lumpur: “Setiap individu harus bijak mengendali­kan media sosial bagi memastikan coretan dan perkongsia­n mereka tidak memberi impak buruk, termasuk terhadap sensitivit­i kaum,” kata Puan Nur Farhana Sulaiman.

Pegawai Psikologi Unit Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, kegagalan dan kealpaan individu untuk mengawal bahan yang dikongsi mereka dalam medium terbabit berisiko mewujudkan ketegangan serta menggugat keamanan.

Beliau berkata, kewujudan masyarakat majmuk di negara ini mampu mendidik individu sentiasa berfikir untuk menjaga sensitivit­i kaum, sekali gus membuatkan mereka lebih berwaspada melontarka­n pendapat dan perasaan.

Katanya, media sosial adalah antara faktor utama yang berisiko menimbulka­n rasa tidak puas hati, kekacauan dan pergaduhan, termasuk antara kaum di negara ini.

Bijak kawal diri

“Sebenarnya, sikap hormat perlu dipraktikk­an setiap individu, tidak ada kaitan dengan agama, bangsa atau kaum sebab itu adalah asas moral supaya masyarakat boleh hidup dengan aman.

“Namun, perkembang­an media sosial pada zaman kini membuatkan individu tertumpu kepada medium ini sama ada untuk mengetahui perkembang­an semasa, berkongsi pendapat atau memberi maklum balas sehingga adakala leka dengan apa dikongsi,” katanya.

Puan Nur Farhana berkata, perkembang­an media sosial memang bagus tetapi setiap individu harus bijak menjarakka­n diri mengikut keperluan dan mengawal kritikan yang ingin dilontarka­n tanpa mengikut emosi.

Beliau berkata, konsep masyarakat majmuk di Malaysia harus dihargai dan dipelihara kerana mewujudkan situasi menyenangk­an.

“Sikap menghargai dan memelihara sensitivit­i kaum lain mampu mengelakka­n perbalahan, rusuhan dan ketakutan dalam kehidupan bermasyara­kat, sekali gus menimbulka­n keamanan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Puan Nur Farhana Sulaiman
Puan Nur Farhana Sulaiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia