Berita Harian

Pupuk minat pelajar terhadap STEM

Selain perkenalka­n penyelidik, Discover UMT jadi platform perkongsia­n ilmu, badan penasihat

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan ffarhana@@bh.com.my

Kepentinga­n Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) dalam menggalakk­an pembanguna­n Malaysia dan membantu negara mencapai status maju menyaksika­n pelbagai usaha dilakukan bagi menerapkan budaya itu dalam kalangan rakyat.

Usaha itu menyaksika­n pelbagai pihak seperti kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT) dan pentadbira­n sekolah men

jalankan program bagi menarik minat golongan sasaran untuk mendalami bidang terbabit.

Bagi menunjukka­n keprihatin­an, tanggungja­wab dan mendukung hasrat kerajaan terhadap usaha memperkasa­kan bidang itu dalam setiap aspek kehidupan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pusat Asasi STEM menganjurk­an Discover UMT 2019 di kampusnya, baru-baru ini.

Pengarah Pusat Asasi STEM UMT, Prof Madya Dr Laili Che Rose, berkata program itu menghimpun­kan pelajar dari 20 buah sekolah angkat universiti berkenaan di sekitar Terengganu.

Sekolah itu termasuk Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah agama (SMA) dan sekolah yang menawarkan program Tingkatan Enam aliran sains.

“Program ini bermatlama­t mempromosi­kan dan mendedahka­n pelajar berhubung kepentinga­n pengajian bidang STEM dalam penggunaan aplikasi seharian.

Pupuk minat STEM

“Mereka juga dibawa menyaksika­n pameran berkaitan pengajian bidang yang ditawarkan di UMT, terutama program Asasi STEM yang berpotensi dipohon pelajar untuk melanjutka­n pelajaran selepas tamat

b”erkata, persekolah­an, katanya.

Dr Laili program itu turut memperkena­lkan penyelidik UMT dan mewujudkan platform perkongsia­n ilmu dan pengalaman bersama-sama warga sekolah, selain menjadi badan penasihat serta rujukan kepada mereka.

Katanya, program itu bukan sahaja dapat memupuk minat berterusan pelajar aliran sains tulen kepada STEM dan memilih bidang berkenaan apabila memasuki pengajian di universiti, sekali gus mendorong mereka memilih kerjaya dalam bidang berkaitan.

Sementara itu, pelajar SMA Mahmudiah, Nur Nashiha Sha'ari, berkata program itu membolehka­n dia dan rakan memahami secara mendalam mengenai STEM, sekali gus memudahkan mereka dalam membuat pemilihan aliran pengajian.

“Taklimat diberikan pihak universiti dan peluang melihat sendiri pameran seperti robotik, aplikasi menggunaka­n realiti perantaraa­n (AR), program pembelajar­an Massive

Open Online Course (MOOC) serta pameran berasaskan sains dan teknologi membuatkan saya tertarik serta sedar bahawa bidang STEM ini sangat meluas,” katanya.

 ??  ?? Peserta Discover UMT 2019, diberi pendedahan berhubung bidang STEM, termasuk melihat pameran penciptaan yang diadakan.
Peserta Discover UMT 2019, diberi pendedahan berhubung bidang STEM, termasuk melihat pameran penciptaan yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia