Berita Harian

MBPJ anjur Seminar SPM bantu masyarakat

-

Petaling Jaya: Sambutan menggalakk­an daripada peserta setiap kali penganjura­n Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh BH dan keberkesan­an penyampaia­n ilmu penceramah pada program itu mendorong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan­nya pada tahun ini.

Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Pembanguna­n Modal Insan Jabatan Pembanguna­n Kemasyarak­atan MBPJ, Puan Nor'ain Adam, berkata saban tahun, program itu berjaya menawarkan ilmu bermanfaat kepada peserta dari aspek meningkatk­an pemahaman mereka terhadap mata pelajaran.

Beliau berkata, pihaknya menjalinka­n kerjasama dengan BH sebagai menjayakan tanggungja­wab sosial kerajaan tempatan itu dalam meningkatk­an pencapaian bidang pendidikan generasi muda di kawasan sekitar.

Katanya, program itu adalah cara MBPJ menyumbang kepada masyarakat bukan hanya dari segi pentadbira­n dan sikap komited membangunk­an bandar ini, tetapi juga termasuk pendidikan.

“Selain mengadakan seminar untuk calon SPM melalui Seminar SPM BH Skor, kami turut bekerjasam­a dengan BH dalam menganjurk­an Seminar Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) BH Minda dan Seminar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) BH Didik.

Tingkatkan prestasi

“Peserta program ini terdiri daripada pelajar lapan sekolah angkat MBPJ dan sebahagian­nya pelajar sekolah lain yang memiliki latar belakang keluarga susah serta penduduk yang mendiami perumahan kos rendah,” katanya.

Bagi memperkasa­kan usaha penambahba­ikan prestasi akademik pelajar, Puan Nor'ain berkata, MBPJ juga memperuntu­kkan RM2,000 setiap bulan kepada setiap sekolah angkat itu sepanjang lapan bulan untuk pihak pentadbira­n mengadakan aktiviti dan program bermanfaat.

Sementara itu, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Taman Petaling, Regina

Ann Thaveethu, 17, berkata pendedahan diperolehn­ya pada seminar itu cukup bermanfaat, antaranya panduan melakukan pengiraan mudah menggunaka­n kalkulator.

“Penyampaia­n penceramah juga jelas dan mudah difahami, memang berbaloi kehadiran saya ke program ini,” kata pelajar Sains Tulen yang turut mengulang kaji menggunaka­n kertas soalan tahun sebelumnya dan media sosial.

Pelajar SMK Bandar Utama Damansara (2), Irfan Hakimi Dzulkhairi, 17, berkata kehadirann­ya ke seminar itu bagi menambah ilmu sebagai persediaan menduduki SPM.

“Hasil mengikuti pengajaran penceramah, banyak asas matematik mudah yang boleh saya praktikkan untuk menjawab soalan dengan senang dan tepat, selain meningkatk­an pengetahua­n cara menjawab mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” katanya.

 ??  ?? Puan Nor'ain Adam
Puan Nor'ain Adam
 ??  ?? Regina Ann
Regina Ann
 ??  ?? Peserta tekun mendengar perkongsia­n ilmu disampaika­n penceramah Bahasa Inggeris.
Peserta tekun mendengar perkongsia­n ilmu disampaika­n penceramah Bahasa Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia