Berita Harian

HSS jangka lebih banyak projek akan dilaksana

-

Perunding kejurutera­an dan pengurusan projek, HSS Engineers Bhd menjangkak­an lebih banyak projek akan dilaksanak­an pada separuh kedua tahun ini.

Naib Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Kunasingam V Sittampala­m, berkata selain daripada projek tempatan, kumpulan itu juga giat mencari projek di Indonesia dan Filipina susulan rantau ASEAN sedang mengalami kerancakan pembanguna­n infrastruk­tur.

“Kami akan terus memanfaatk­an kepakaran dan rekod baik kami untuk menender projek dalam sektor kereta api, jalan raya dan air, serta memastikan nilai kontrak kami lebih RM500 juta,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, sektor pembinaan kini dilihat mempunyai asas lebih kukuh dengan penerusan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di samping tender turut dibuka bagi projek air. HSS Engineers mempunyai nilai kontrak lebih RM300 juta dalam sektor rel, jalan raya dan air.

“Dengan pemulihan sektor pembinaan dan projek sektor air yang dijangka bakal dilaksanak­an, kami berada di kedudukan baik untuk mendapatka­n projek berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk B Nitchianan­than, berkata HSS Engineers akan memberi tumpuan pada kontrak jangka panjang dalam sektor tenaga kuasa membabitka­n sumber tenaga boleh diperbahar­ui seperti solar, biogas dan biomass.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia