Berita Harian

Airasia X rancang terbang semula ke Eropah

-

Airasia X Bhd merancang meluaskan pasarannya dan tidak menolak kemungkina­n untuk memasuki semula pasaran Eropah.

Pengerusi Airasia X, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata sebelum syarikat itu membuat sebarang keputusan, ia perlu mempertimb­ang pelbagai faktor, termasuk kos operasi dan unjuran hasil.

“Kami juga perlu melihat gambaran menyeluruh sama ada ia dapat memenuhi cabaran seperti perubahan harga minyak, pelbagai cukai di lapangan terbang Eropah dan sebagainya.

“Sebagai contoh, pesawat yang terbang ke London dan Paris sebelum ini bukanlah pesawat yang tepat. Faktor kos adalah halangan utama ke pasaran berkenaan.

“Kami perlu realistik dalam membuat keputusan untuk jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n pesawat A330neo baharu di Pameran Udara Paris ke-53 di Paris.

Rafidah berkata, dengan pesawat baharu yang menggunaka­n enjin yang lebih cekap, ia akan memberi fleksibili­ti kepada syarikat untuk merancang strategi dan memperoleh pulangan yang lebih baik kepada pemegang sahamnya.

Mengenai bila pesawat itu akan beroperasi, beliau berkata lembaga pengarah akan membuat keputusan berdasarka­n cadangan oleh pihak pengurusan.

Enam pesawat setahun

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Nadda Buranasiri, berkata penyerahan pesawat A330neo akan dilakukan mengikut fasa.

“Kami mengharapk­an Airbus dapat menyerahka­n enam pesawat setahun,” katanya.

Pengendali penerbanga­n kos rendah dunia itu menempah 100 pesawat A330-900 pada kos RM122 bilion daripada pembuat pesawat Eropah, Airbus.

 ??  ?? Rafidah (tengah) pada majlis pengenalan pesawat Airbus A330neo di Pameran Udara Antarabang­sa Paris, semalam.
Rafidah (tengah) pada majlis pengenalan pesawat Airbus A330neo di Pameran Udara Antarabang­sa Paris, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia