Berita Harian

Konsortium PCSB-MGB bina rumah mampu milik

Sejajar komitmen kerajaan bina 30,000 rumah mampu milik menjelang 2025

-

Perjanjian itu menyaksika­n Konsortium PCSB-MGB dan Must Ehsan Developmen­t bersama-sama membangunk­an rumah mampu milik, Idaman Cahaya di Encorp Cahaya Alam, Selangor di atas tanah seluas 6.7 hektar.

Perjanjian itu sejajar dengan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk membina 30,000 rumah mampu milik menjelang 2025.

Bantu kumpulan B40

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata dengan harga bersih RM250,000 seunit serta keluasan 1,000 kaki persegi, ‘Rumah Idaman’ mampu membantu kumpulan B40 di Selangor untuk memiliki rumah mampu milik yang berkualiti.

“Menerusi ‘Rumah Idaman’, rakyat Selangor mempunyai lebih banyak pilihan perumahan mampu milik berkualiti dan seterusnya berupaya meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Projek ini akan mendapat manfaat daripada perbandara­n Encorp Cahaya Alam seluas 84.6 hektar yang terletak di pusat koridor pembanguna­n Shah Alam Menteri Besar Selangor dan kawasan kejiranan yang pesat berkembang.

“Selain itu, ia juga mempunyai akses perhubunga­n yang sangat baik seperti Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis menandatan­gani perjanjian berkenaan dan sambutan Aidilfitri bersama penjawat awam Selangor dan tetamu korporat di Shah Alam, semalam.

Yang hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Bhd, Datuk Seri Ahmad Omar; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Menteri Besar Selangor (Perbadanan), Soffan Affendi Aminudin dan Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group dan MGB, Tan Sri Lim Hock San.

Direka berdasarka­n tema ‘keselesaan hidup’, setiap rumah memfokuska­n terhadap perancanga­n ruang, lokasi dan kemudahan.setiap unit mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan dua ruang letak kereta, malah dilengkapi dengan set televisyen, kabinet TV, peti sejuk, kabinet dapur, pendingin hawa, pemanas air dan almari pakaian.

Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula dalam tempoh terdekat dan dijangka siap menjelang 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia