Berita Harian

Cochlear pilih Malaysia buka kemudahan baik pulih global

-

Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan antarabang­sa apabila Cochlear Ltd, syarikat penyelesai­an masalah pendengara­n dari Australia, memilih Kuala Lumpur sebagai Pusat Baik Pulih Global.

Pengarah Operasi Cochlear Malaysia, Samuel Pooranakar­an, berkata syarikat melabur sebanyak AUD$1 juta (RM2.86 juta) bagi membuka kemudahan baik pulih global berkenaan.

Katanya, pengembang­an operasi itu juga menawarkan 27 pekerjaan baharu buat rakyat negara ini.

Beliau berkata, syarikat berkenaan mempunyai 11 pusat baik pulih di seluruh dunia sebelum ini dan memutuskan untuk menyatukan semuanya di bawah satu pusat sahaja iaitu di Malaysia.

“Kami sudah beroperasi di Malaysia sejak 2010 dengan bermula menawarkan perkhidmat­an teknologi komunikasi (IT).

“Malaysia menjadi pilihan kerana ia mempunyai bakat yang terbaik selain mampu berkomunik­asi dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Tawar kos perniagaan terbaik

“Dari segi kewangan, negara ini juga menawarkan kos perniagaan yang lebih baik berbanding tempat lain seperti dibandingk­an dengan London, maka sudah tentu adalah lebih wajar membuka kemudahan ini di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pembukaan pusat baik pulih global Cochlear di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Abdul Majid Ahmad Khan dan Pemangku Pesuruhjay­a Tinggi Australia, Michael Growder.

Cochlear Malaysia yang mula beroperasi sejak 2010 kini menawarkan pekerjaan kepada 195 rakyat tempatan sehingga kini.

Sementara itu, Abdul Majid berkata, bagi suku pertama tahun ini, MIDA meluluskan sebanyak enam projek peralatan perubatan bernilai RM309.3 juta.

“Sehingga kini, industri peralatan kesihatan di negara ini terdiri daripada lebih 200 pertubuhan termasuk lebih 30 syarikat multinasio­nal yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi operasi luar pesisir mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia