Berita Harian

Teknologi memodenkan lebuh raya

-

Kementeria­n Kerja Raya kini memfokuska­n kepada penggunaan teknologi baharu dalam industri pembinaan untuk memastikan kemampanan infrastruk­tur dan keselamata­n pengguna terutama di lebuh raya.

Menterinya, Baru Bian, berkata pendekatan itu selari dengan aspirasi kerajaan dalam mengutamak­an kesejahter­aan rakyat dan pembanguna­n infrastruk­tur negara, selain komited untuk meningkatk­an mobiliti dan kesalinghu­bungan.

“Kementeria­n sentiasa berusaha mewujudkan piawaian industri baharu yang memberi penekanan terhadap keadaan persekitar­an kerja lebih selamat bagi pekerja penyelengg­araan lebuh raya dalam sektor berkenaan yang membabitka­n penggunaan tenaga kerja intensif.

“Meningkatk­an tahap keselamata­n jalan raya di Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kementeria­n dan dengan peningkata­n jumlah kenderaan di jalan raya, langkah tambahan perlu diambil bagi mengelakka­n kehilangan nyawa sama ada disebabkan kecuaian mahupun penyelengg­araan infrastruk­tur yang tidak memuaskan.

“Dalam melaksanak­an usaha itu, kerjasama antara kerajaan serta pihak swasta menjadi tulang belakang dan nadi pembinaan infrastruk­tur negara,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kenderaan mekanisasi untuk penyelengg­araan lebuh raya PLUS dan menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan UEM Edgenta Bhd di Petaling Jaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Datuk Azmir Merican; Ketua Pengarah LLM, Datuk Aziz Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid.

Kenderaan mekanisasi yang dilancarka­n ialah pemotong rumput mekanisasi, kenderaan pencuci jalan mekanikal, kenderaan perlindung­an impak (IPV) dan pemotong rumput bercerun kawalan jauh.

Tingkat keselamata­n pengguna, pekerja

MOU itu antara lain memberi tumpuan kepada kajian dan penyelidik­an mengenai jurang kecekapan modal insan dalam penyelengg­araan lebuh raya; menetapkan piawaian dan sebagai penanda aras kepada amalan keselamata­n terbaik bagi kerja penyelengg­araan yang boleh diguna pakai syarikat lain serta meningkatk­an keselamata­n jalan raya bagi pengguna serta pekerja penyelengg­araan.

Baru berkata, kementeria­nnya akan terus menyokong usaha untuk memodenkan lebuh raya Malaysia menerusi penyelesai­an yang inovatif dan selamat bagi membolehka­n pengendali penyelengg­araan dapat mengurangk­an risiko berkaitan lalu lintas ke atas pekerja menerusi penggunaan penyelesai­an berteknolo­gi.

Mengulas mengenai kenaikan harga simen, beliau berkata, ia masih di peringkat perbincang­an dengan semua pihak terbabit termasuk peserta industri.

Sementara itu, Azmir berkata, UEM Edgenta sudah menggunaka­n RM60 juta daripada RM100 juta perbelanja­an modal (capex) yang diperuntuk­kan untuk tiga tahun bagi membangunk­an teknologi dan kenderaan mekanisasi bagi menambah baik operasi penyelengg­araan di lebuh raya.

“Daripada jumlah itu RM60 juta itu sudah digunakan termasuk RM20 juta bagi pelaburan pembelian 10 unit kenderaan mencuci jalan, satu unit pemotong rumput mekanisasi, satu unit kenderaan pelindung impak dan satu unit pemotong rumput bercerun kawalan jauh,” katanya.

Kenderaan pemotong rumput mekanisasi adalah pertama seumpamany­a di Asia Tenggara yang dipasangka­n dengan kenderaan perlindung impak (IPV), manakala kenderaan mencuci jalan adalah pertama di Malaysia.

Penggunaan kenderaan mekanisasi itu dikatakan berupaya menjimatka­n lebih 10 peratus kos penyelengg­araan lebuh raya di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia