Berita Harian

TIMAH

-

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) ditutup rendah pada AS$19,020 satu tan semalam, ekoran permintaan yang rendah ke atas logam itu berikutan sentimen pasaran yang kini dalam kedudukan berhati-hati, kata peniaga.

Permintaan yang lebih perlahan itu juga katanya disebabkan oleh ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan India selepas New Delhi mengumumka­n tindak balas tarif ke atas 28 produk Amerika Syarikat, termasuk almond dan epal.

“Ketidakten­tuan dalam dagangan As-china pada masa ini turut menekan pasaran timah tempatan, dan susulan pertikaian terbaharu ini, kami melihat permintaan semakin merosot, memandangk­an China dan India dianggap sebagai pengguna utama timah,” katanya.

Di Bursa Logam London (LME), harga timah juga merosot AS$375 kepada AS$18,925 satu tan semalam, daripada AS$19,300 satu tan pada Isnin.

Di PTKL, penawaran dan jumlah dagangan masing-masing sebanyak 19 tan manakala bidaan sebanyak 23 tan.

PTKL menyaksika­n penyertaan pembeli dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Eropah, Pakistan, Bangladesh, dengan dua penjual tempatan.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME mencatat premium AS$95 berbanding diskaun AS$90 satu tan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia