Berita Harian

RINGGIT

-

Ringgit menyusut berbanding dolar AS, selari dengan kemerosota­n urus niaga dicatatkan oleh kebanyakan mata wang Asia susulan pelabur mengambil pendirian berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutua­n (Fed) Amerika Syarikat pada minggu ini.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan jatuh ke paras 4.1800/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1770/1800 pada Isnin.

Penganalis­is penyelidik­an FXTM Lukman Otunuga berkata dolar akan mengukuh dan mencatatka­n kenaikan ketara, sekiranya Fed mengecewak­an harapan atau mencetuska­n kekalutan dengan tidak menawarkan sebarang petunjuk mengenai tindakan akan datang yang akan diambil di sebalik halangan global yang berterusan.

“Walaupun kadar faedah AS dijangka dibiarkan tidak

berubah pada bulan ini, pelabur tidak perlu terburu-buru melabelkan mesyuarat dasar ini sebagai kurang penting.

“Pasaran akan memantau dengan dekat mesyuarat ini bagi pengesahan penguranga­n kadar faedah yang akan berlaku seawal bulan depan,” katanya.

Semasa urus niaga ditutup semalam, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kebanyakan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik kepada 5.2355/2409 berbanding pound daripada 5.2576/2635 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.6745/6795 daripada 4.6828/6866.

Bagaimanap­un, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0471/0497 daripada 3.0467/0493 dan juga berbanding yen kepada 3.8596/8635 daripada 3.8448/8486 sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia