Berita Harian

GETAH

-

Pasaran getah Malaysia ditutup rendah semalam, terjejas oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dengan kebimbanga­n mengenai ketegangan geopolitik yang meningkat dan ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang berlarutan boleh mengurangk­an permintaan terhadap komoditi itu, kata peniaga.

Bagaimanap­un, penurunan dihadkan oleh ringgit yang lemah berbanding dolar AS.

Pada jam 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 8.5 sen kepada RM6.26 sekilogram manakala susu getah pukal merosot 4.0 sen kepada RM4.95 sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 berkuranga­n 0.5 sen kepada RM6.295 sekilogram, manakala susu getah pukal turun satu sen kepada RM4.96 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia